Friday, April 30, 2010

Princess Alya



Nama saya Alya, saya berumur 10 tahun. Mmmmm kalau Aqil minat Machester United, Alya lak suka Liverpool. Kita orang selalu gaduh kalau cakap pasal bola. " Syyyyh...jangan cakap Aqil tau, MU tu bukan le kuat sangat, harapkan Rooney sorang aje yang terer.. Kalau Rooney injured.. patah kaki patah hidung le MU".

Anyway, kita lupakan lah pasal bola, apa yang Alya minat ye, Alya suka dengar lagu dan nyanyi especially lagu-lagu Lady Gaga, Taylor Swift, Kelly Clarkson, Miley Cyrus dan banyak lagi.






Lagi satu Alya suka sangat bergambar. Kalau mama nak ambil gambar mesti Alya pose cantik punye!! Ok le.. akak, abang, auntie, makcik, uncle. Alya stop kat sini dulu. Nanti Alya citer lagi. Bye Bye.

Pecah Rumah

Semalam balik keje, tengah dok sidai kain.. nampak kete polis stop kat depan umah, terkejut gak akak, adakah akak dah melakukan apa-apa kesalahan sampai polis cari akak kat umah. tak mungkin.. tak mungkin.. akak ni baik orangnya,.. angkat bakul lak. Tiba-tiba aunty cino depan rumah kuar dan bercakap-cakap dengan Pak Polisi sambil tunjuk kat umah depan, Akak pun apa lagi, busy body le sket.. suruh hubby pegi nengok. Rupa-rupanya rumah cino selang 2 bijik dari rumah akak kena pecah masuk pagi semalam. Cerita aunty tu ada 2 org lelaki cino dtg dengan selambanya angkat auto gate, pecahkan kunci grill & pintu dan terus menyelongkar. Lepas keje beres dia orang balik kuar dengan selambanya. Part paling bestnya kata aunty tu, "muka 2 olang tu manyak handsome le, bawak CRV, saya ingatkan kawan-kawan anak tuan rumah, ayyaaa itu macam pun ada ka!"


Dari cite ini Kak Intan nak bagi rumusan sket .. dulu kalau org jahat & tak handsome (selalu pun org jahat tak handsome kan) kita panggi "muka macam pecah rumah" tapi sekarang muka tak macam pecah rumah pun boleh pecah rumah orang gak. (tak ke pening peribahasa akak ni)Macam orang putis kata " Don't judge the book by its cover"


Adios


Wednesday, April 28, 2010

Petua Mak Bonda


"Tukang masak kerjanya enteng
Bangun pagi masak nasi goreng
Campur cili campur udang kering
Bila makan mata naik juling.. "

K. Intan suka sangat nyanyi lagu tu.. cuba u ols nyanyi sket.. sedapnya suara! Lagu ni P. Ramlee yg nyanyi dalam cerita Labu Labi kalau tak salah akak.

Kalau masuk dapur mesti akak nanyi lagu tu. Almaklum le terpaksa melayan hati sendiri. Kalau tak happy kan nanti masak tak sedap dan tak ikhlas pulak. Macam Mak Bonda bagi petua kat akak. Masa memasak... hati mesti ikhlas dan masaklah dengan penuh rasa kasih sayang. Itu le sebabnya kalau mak bonda masak tersangatttt le sedapnya. Sampai sekarang kalau akak masuk dapur nak start masak ... mesti niat dalam hati yang kita nak masak untuk orang-orang yang kita sayang, suami, anak-anak dan sesiapa saja lah yang akan makan masakan akak. Lagipun air tangan seorang isteri dan ibu akan lebih mengeratkan kasih sayang. Mak Bonda K. Intan memang pakar dalam masakan melayu terutama masakan Kelate. Kepada pengemar masakan Kelate boleh le mencuba masakan dan petua yang akan akak perturunkan nanti.


K. Intan dan Mak Bonda


Insyaalah, satu hari nanti K. Intan akan postkan entry Jom Masak dengan Petua Mak Bonda kat sini lak.
STAY TUNED

Tuesday, April 27, 2010

I really need a bReAK!

Kalau lah akak boleh lepak gini...... indahnya donia !! Tapi kita manusia biasa kan... kena keje, kena cari makan, kena bayar hutang (he he) dan macam-macam KENA lagi, so please wake up and be realistic. Nasib baik datang keINSAFAN. Tapi best jugak kalau boleh tidor gini hari-hari :0



CUMI yg sedang syok tidor. Cumi ni kucing kesayangan kami sekeluarga dan tengah mengandung 2 bulan (bertambah lagi le bilangan ahli keluarga K. Intan), brapa bulan ye kucing TERmengandung?







Monday, April 26, 2010

Cameron Highlands

Kalau awak gembira tepuk tangan 2X

Kalau awak gembira katakan pada saya

Kalau awak gembira tepuk tangan.. :)


Akak, Mak Bonda & Aqil


Yaya, Aqil & Arissa. Ini le anak buah akak yg tak boleh berenggang langsung
dengan akak, macam ada anak ke 3 lak. Hilang dimata terus nangis..

Vacation akak kali ni amatlah mengembirakan semua orang, walaupun kepenatan sket coz 2 hari berturut-turut jalan-jalan non stop. Sebenarnya akak pegi Cameron Highlands u ols. Apa-apa pun mak bonda seronok, anak-anak happy, hubby senyum dan akak.. lagi le happy coz dah tunaikan hajat mak bonda & pulang dengan senyuman. Macam bunga-bunga kat Cameron le.




Tunggu sapa tu?
Tunggu my hubby le, sapa lagi :)





Organiser merangkap banker utk percutian kali n.
Baju merah tu sister in law akak,
peminat setia Siti Nurhaliza.. nama pun dah ala-ala Siti dah.. "ZA"

Bunga cantik ke K. Intan yg cantik. he he



Adik akak bersama anak & anak sedare

Friday, April 23, 2010

Holiday

Esok pagi-pagi K. Intan nak gi makan angin. Nak tahu ke mana? Next N3 okay. Pegi ni pun sebab menunaikan hajat mak bonda nak jalan ke sana. Sebagai anak yg solehah (cewahh), akak akan cuba mengembirakan hati mak bonda, maklumlah ayahnda dah tak ada. Sob.. sob sedih le pulak rasa dihati malam-malam ni. Cuma Al-fatihah untuk arwah ayahnda tersayang.




Die Hard Fan






Nama saya Aqil. I'm a big fan of Machester United. Saya sanggup tunggu sampai pagi nak tengok MU main. Kadang-kadang saya nangis kalau MU kalah. :( Dulu saya minat kat Ronaldo tapi selepas dia pegi Real Madrid, saya suka Owen lak skg. Go MU go.

Thursday, April 22, 2010

Lasak





First time dalam hidup akak ni.. naik lori tan angkut barang tu. Kelakar pun ada tapi best gak skali-skali naik benda ni. Februari lepas, opis akak organized our 2nd Team Building kat Gopeng, Perak nun.. Dah lama rasanya tak buat aktiviti-aktiviti lasak gini. Macam-macam kena cuba, white water rafting, high rope, masuk gua, panjat gua pun akak buat u ols. Sesak napas dibuatnya. Apa-apa pun akak enjoy sangat! Enjoy the photos.. :)

Wednesday, April 21, 2010

Malam Khamis!


Jangan fikir bukan-bukan tau:) Tadi sibuk sangat kat opis, my dear boss demanding macam-macam sampai x menang tangan akak. Tak kuar lunch u ols. Jelous nengok my 2nd boss bawak balik cincin from Habib. Terlior akakk.. apa-apapun esok akak nak gi Habib! nak cuci mata & cuci poket gak. Good night u ols, akak dah nak tidor. SWEET DREAM TO ME!

Tuesday, April 20, 2010

My family




Ni gambar i with my 2 lovely kids. The other half, low profile sket. Tak suka glamer..so gambar nye tak ada. Anyway.. Enjoy the photos

Monday, April 19, 2010

Salam perkenalan

Angel hi,

Saya budak baru belajar, kalau salah sudi-sudile tunjukkan :0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...