Thursday, September 30, 2010

New family members

Jeng... jeng.. bukan akak beranak sorang lagi ye... yg tu dah tutup kedai. Tapi ini our new pet for Yaya and Aqil. Memperkenalkan LARA and BOBOY. Satu jantan dan satu betina. Harap-harap lepas ni LARA branak dan bertambah le lagi ahli keluarga kami yek. he he





Si Blackie cuba nak main-main dengan depa berdua, main-main jugak jangan kau ngap masuk dalam mulut udah le ye Blackie, yang kelakarnya tortoise betina lagi hyperactive compared to yg jantan. Aqil merajuk sebab BOBOY lembab sangat.



Akak ni pengemar tegar kuching, ini yg kawan akak punya.. pinjam untuk berposing dengan Si Comel.

Tuesday, September 28, 2010

Rumah Terbuka 1



Tiba-tiba aje jadi rumah terbuka....

Yang sebenarnya, kawan akak sorang aje yang nak datang 10 Syawal hari tu, tup-tup... sedara-mara call nak datang and my husband's officemate also want to come. Alamak.. last-last akak pun terpaksa bersilat kat dapur dgn my hubby utk masak-memasak. Menu were laksa penang, nasi impit, kuah kacang dan rendang daging dan mee hoon goreng Singapore dan lain-lain lagi. Walaupun nampak sikit tapi penatnya boleh tahan...



Keadaan rumah yang berselerakan


My favourite cousin sister from my my hubby side, kalau nak cabut gigi boleh jumpa anak nye yg baju hitam tu, Kak Long aka Dentist Muda

Dua pasang pengantin veteran! he he

Kiri and kanan tu adik ipar Kak Intan

My husband's officemates

Akak and Damia

Ipar duai


My second brother with his wife

My Husband's cousin & anak-anak

Tiba-tiba aje budak kecik tak nak berenggang dengan akak

Laksa Penang

Oranges aka pencuci mulut

Nasi impit and Mee hoon goreng singapore

Yaya and mak sedaranya

Anak buah akak yang super lasak


My last tetamu that day, my brother with anak-anaknya, masa ni akak dah rasa macam nak pengsan dah.. lepas dia orang balik truss... zzzzzzzzzzzz


Ramai gak dtg sampai tak menang tangan, mee hoon akak terpaksa goreng lagi sebab cepat benar habis, (sedap ke?) he he. Walaupun penat tapi kami happy sangat melayan tetamu yang tak putus-putus dtg.

Sorry coz gambar tak banyak sebab camera woman merangkap tukang masak kecapikan...

Family Fun Time Builds Memories

Bulan July aritu akak gi jalan-jalan Sunway Pyramid, on the way balik tu akak terjumpa this lady yg beria-ria ajak bergambar untuk project "Family Fun Times Builds Memories" katanya. Hati tu teringin gak, ajak my hubby dia tak nak. Biasa le hubby akak ni pemalu sket bukan macam bininya. Anak-anak sibuk ajak " jom le mama" .. jom le mama". Okey le.... lets go and take the funny picture. Hasilnya...

Say cheese and nasi kerabu!!!


"Eee, macam girl le mama", kata Aqil




Nak shoot sapa tu Aqil?



Alya's colourful hair do, sebenornye dia geli geleman nak pakai wig ni!

Salam Aidifitri

Salam Aidifitri dari akak sekeluarga untuk saudara mara, teman-teman dan semua yg sudi singgah kat blog akak ni.


Selamat Hari Raya
hari untuk kita bersukaria
selamat kami ucapkan
hingga jumpa lagi raya tahun depan

Dah lama benar rasanya tak de entry baru kat blog akak yang ala-ala suam-suam kuku ni, ramadan sebulan tak larat dan terlalu sibuk, Shawal menjelang lak, Kak Intan sibuk lak dengan umah terbuka. Apa-apa pun sila layan gambar sempena syawal tahun ni ye. Tahun ni turn akak lak beraya kat Kelantan, apa lagi hati akak ni berbunga-bunga kegembiraan le. Akak bertolak from KL hari Khamis kul 12 tengahari and sampai kau umah ibunda jam 7.00 petang. Sempat le akak berbuka dengan ibunda for Ramadhan tahun ni. Besoknya RAYA le, apa lagi....

Yang bestnya tahun ni adalah.. kawan-kawan lama akak masa sekolah rendah dulu kita jumpa balik thru FB. Kiranya FB ni macam jejak kasih le... Kawan-kawan akak ada yang dah dapat cucu u, cuma anak akak aje masih in primary school. Tak pe le, jodoh datang lambat :( Apa-apa pun akak bersyukur kerana dikurniakan 2 buah hati yang yang melengkapkan hidup akak.


Ni gambar family akak, tapi ramai lagi yang takde, yang kat atas kerusi bertudung merah tu akak yang sulung, tudung hitam sebelahnya akak yg nombor 2, abang nombor 3 tak dapat balik, nombor 4 mestilah akak yg come lote, yang berdiri baju hijau tu adik nombor 2 dan adik bongsu lelaki lak tak balik jugak. Tak lupa jugak bonda akak yang bertudung purple. Yang lain-lain menyengih dan tersengih tu semuanya anak buah akak yang berpuluh-puluh orang tu. Opps tak lupa gak, akak dah jadi nenek to anak sedara akak yang dah ada anak , baby Rayyan (baju merah kat depan tu). Dah tua rupanya akak yek!


Anak sedara yang banyak menolong akak kat dapur, untung ye ada ramai anak sedara perempuan ye... Yang kat atas tu hero-hero yang tahu makan,makan and makan lagi

Yg macam nak ber Xong Xi Fa Chai ni family akak sulung dengan anaknya seramai 5 orang dan menantunya bertudung merah gelap tu. Silau mata akak bila dia orang sampai pagi raya tu daripada Pengkalan Chepa. Tapi menarik gak warna merah ye! Tahun depan nak tiru le jadi colour theme family akak.


Adik akak ngan wife dengan tema warna hijau utk tahun ni. Anak deme tah mana pegi dah

Ngan best friend akak since sekolah rendah hingga skg.. (Puan Kie) dulu ,kini dan selamanya. Dah ada sorang cucu pun dia


Ngan Suriani yang sekarang menetap kat Kuantan, ini pun kawan sekolah rendah gak.


Yaya

Aqil ngan rambutan yg dia rembat kat umah sedara akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...