Friday, October 29, 2010

Enjoy this song from My Girlfriend is a Gumiho

My Girlfriend is a Gumiho

Its over.....

Akak tengah gilerr bangat tengok Korean Drama ni. Title nye "My Girlfriend is a Gumiho". Semalam was the last episode .. lepas ni x ade le lagi nak bertangga kat depan TV kul 8-10 mlm every Wed and Thur di Astro Byond (Channel 393).



Ini masa Mi Ho nak masukkan guli sakti dalam badan Dae Woong


Nampak tak ekor Mi Ho. Ekor ni hanya akan keluar bila bulan mengambang

Citer ni sebenarnya mengisahkan percintaan antara manusia dan musang sakti (Mi Ho) yang mempunyai 9 ekor. GUMIHO dalam bahasa Korea is Musang Sakti. Si hero telah membebaskan Mi Ho yang telah dikurung oleh witch selama 500 tahun setelah dia disuruh melukis 9 ekor musang yang telah hilang pada gambar musang di sebuah kuil. Setelah itu Mi Ho telah keluar ke alam nyata dan mempelajari hidup sebagai manusia bersama Dae Woong. Firstly, si mamat ni tak suka kat Mi Ho, maklumlah mana ada orang nak bercinta dengan musang ye. Lama kelamaan dia jatuh hati dengan kelembutan and kemanjaan Mi Ho (macam akak ke?) terus Dae Woong jatuh cinta tapi mereka hanya ada 100 hari saja untuk bersama kerana mengikut sumpahan yang diterima oleh Mi Ho, selepas 100 hari dia akan lenyap dari alam manusia. Pada hari ke 100 tiba-tiba Mi Ho hilang walau pun kedua-dua mereka berjaga untuk be together for the last time.
Setelah kehilangan Mi Ho dari hidup Dae Woong, dia menaruh harapan supaya dia kembali untuk hidup bersama ... sehingga lah waktu gerhana matahari Mi Ho muncul menjadi manusia sepenuhnya selepas sumpahan dilepaskan atas kesungguhan cinta mereka berdua. Akak sedih u, bayangkan lah kita kehilangan orang tercinta dari dalam hidup kita dengan tiba-tiba, terbayang saat-saat bahagia bersamanya. Bila kah dia akan kembali??? Tiba-tiba dengan tidak diduga dia muncul kembali untuk menyatukan kembali percintaaan dan melenyapkan sebuah penantian dan segala tanda-tanya.
Since Kak Intan dan Alya merupakan peminat setia citer ni, so semalam kita dua orang asyik mengalirkan airmata kerana kesedihan tahap gaban menyaksikan segala halangan yang terpaksa ditempuhi dan pertemuan kembali mereka berdua. Depa sedih pun kami nangis dan depa gembira pun kami nangis gakkk. Emo betul 2 anak beranak ni :)


Lee Seung Ki as Dae Woong


Shin Min Ah as Mi Ho aka musang sakti (comeii sungguh minah ni)

Yang bestnya ending part drama ni... Mi Ho dah bertukar jadi manusia and she live happily ever after with Dae Woong. Lagu kat dalam drama ni pun best gak. Cu bidu-bidu waaa!! Lagu ni akan dimainkan kalau depa berdua happy and enjoying themselves berjalan-jalan. Dengar le lagu ni kat you tube kat atas tu yek. Kak Intan pasti u all pun akan minat gak.


Ini le penangan drama Korea yek, dulu kalau akak tengok or dengar orang kata drama Korea best, macam tak caya aje. Nah, dah start tengok.. rasa tak nak miss to see each episode.

I missed them so much ! I wish that the director will continue this drama and I want to see Mi Ho and Dae Woong have kids together.

Thursday, October 28, 2010

Kemalasan tahap gaban

Akak tak tahu le apa yang dibusy kan sampaikan blog akak dah naik sawang gamaknya, niat tu ada tapi tah le , masa yang amat tak mengizinkan kot.
2 minggu lagi ada dinner kat opis akak, yang risaunya baju belum ada lagi. Grrr.. waaa!! nak pakai apa ni.. Susah-susah rasa tak nak aje pegi tapi macam rugi lak, sekali-sekala nak melawa kan diri sendiri sambil feeling-feeling glamor gitu (glamer ke?) Ada idea tak ? baju apa nak pakai.
Itu le yang membuat kan akak sibuk tu, asyik pikir masalah yang ala-ala membuang masa gitu. Hari ni Aqil ada futsal tournament kat school, itu pun akak tak dak masa nak pegi nengok, sian Aqil.
Bye.. bye.. akak nak surf internet jap .. nak nengok handbag baru. hi hihi!! Hari ni entry akak ada colour tau.. entry bermalas-malasan. Cau cin cau. Adios

Tuesday, October 5, 2010

iPhone 4

Kali ni Kak Intan rasa macam mengidam nak nengok iPhone 4 ni, so last week akak plan baik punye dengan my fren gi meronda-ronda kat MV sambil nak meninjau-ninjau rupa bentuk dan harga phone ni. Unfortunately, semua phone dah habis di pasaran. Semua kedai akak kuar masuk, konon nak meninjau sambil nak pegang phone tu sendiri, tapi 1 bijik pun tak de kat MV.

Moral of the story, sapa kata rakyat malaysia miskin, sapa kata ekonomi kita meleset.... Orang Malaysia kaya raya tau!!! Frust gilerr.. sesekali teringin gak nak pakai gadjet yang canggih gini.

Kalau ada rezeki insyaalah..



Sunday, October 3, 2010

Series of Open House

4 sekeluarga yang kuar umah utk memulakan siri open house pada hari Sabtu, 2 Okt 10. Memulakan perjalanan jam 11.30 pagi dan sampai umah jam 10.00 malam. Satu hari yang memenatkan dan lain kali tak nak lagi le pegi open house banyak sangat. Penatttt..


Laki den yang macam nak pengsan tekan minyak melawan jam yang tersangatttt teruk hari tu


Kaki akak yang super gebuzzz dan tembam, dah letih sangat dah time ni, hi hi

Anak dara yang maintain ayu..

Aqil yang tak tahu penat, ntah mana power dia dapat





Persinggahan pertama, umah Ainul.


Menu yang semua nye best belaka.... I likeeee!!!

Persinggahan ke 2, rumah Jalil, tak sempat ambil gambar
The next pit stop .. umah Suria



Hero-hero yang tengah lukis map untuk our next pit stop kt Bukit Jelutong, kali ni akak tak ikut sebab akak kena pegi Bangsar



Persinggahan ke 3, umah Cik Rose @ Bangsar



Special menu of the day.. nasi kerabu



Sempat lagi tu anak-anak main games walaupu penat



~ Mission Accomplished ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...