Friday, November 19, 2010

Masquerade

12 November 2010 was our company dinner held at KLCC. Theme for that night was masquerade tapi Kak Intan tak ada le ikut tema sangat. Dah masuk veteran ni, excitement untuk all out during dinner dah tak ada dah. Janji pegi, makan-makan and get together with collegues, its more than enough for me. Dulu-dulu masa muda dan body ala-ala guitar gitu.. sanggup berabis duit tu.. tapi sekarang tidak lagi... he he. Nak nengok gambar ... enjoyyy ye!







Nanti Kak Intan free dan masa mengizinkan, akak godek gambar lama akak ye..










Hujan


Diluar ofis Kak Intan dah kelihatan langit semakin gelap dan angin bertiup sempoi-sempoi bahasa. Adakah hari ni akan hujan akan membasahi bumi seperti semalam? Akhir-akhir ini hujan sentiasa menyirami bumi aje. Tak kira musim, bulan, hari dan masa. Banjir, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku di sana sini. Dalam paper hari ni ada citer pasal hujan membasahi kota suci Mekah, hujan rahmat. Kalau kat tempat kita, tiap kali hujan turun mesti kita bising, jam le, sejuk le, baju tak kering le.. tapi yang pasti dikota Suci Mekah, tiap-tiap titisan hujan adalah rahmat bagi mereka-mereka yang tak pernah merasa dan melihat titisan hujan.


Tuhan menjadikan sesuatu itu ada rahmatnya disebaliknya. Sebagai seorang insan yang dijadikan olehnya... seharusnya kita bersyukur dengan segala ujian yang telah diturunkan keatas diri kita. Setiap yang berlaku itu adalah satu ketentuan Allah SWT dan kita harus tabah dan sabar menghadapinya. Bersyukur dan redha atas segalanya.


Tiba-tiba Kak Intan rasa insaf...










Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidil Adha

2010 was my 2nd time Kak Intan beraya kat KL selepas berbelas-belas tahun akak merantau daripada kampung halaman. Rasa sedih gak tapi mengenangkan cuti yang terberapa banyak and Aqil yang akan bersunat minggu depan, akak berkorban untuk tak balik kemana-mana pada tahun ni, belah akak pun tak dan belah my hubby pun tak. Fare and square kata orang putih kan... Nothing special raya kat sini. Sunyi senyap.. macam tak raya aje..
Akak terbangun lewat sket coz 2, 3 hari ni akak betul-betul kepenatan kat tempat kerja plus banyak task yang akak terpaksa bereskan sebelum boss akak away for business trip for almost 1/2 month. Selepas hubby and Aqil keluar untuk sembahyang raya, akak terus masuk dapur untuk masak. Niat hati nak masak nasi dagang, tapi mengenangkan banyak benda yang kena buat terus akak batalkan niat suci akak. Paling simple, akak masak aje nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, kurma daging dan acar. Simple dan sedap. Dah habis masak nasi akak sambung lak buat bahan-bahan untuk steak. Kelass you, ada menu timur dan barat untuk raya tahun ni.
Gambar kat bawah ni adalah antara tetamu Kak Intan pada Aidil Adha tahun ni.. sorry gambar Kak Intan tak de sebab akak tak pakai baju raya coz sibuk kat dapur. Akak jadi bibik cum host for the day.

Adik Kak Intan sedang menjamu selera dengan nasi minyak yg kedebom!



Jammal and his GF having "steak gomo kelate gomo" Makan steak tapi kena bersila.. macamana tu?

Tengahari adik akak sampai, lepas tu abang akak, Jammal his girlfriend and last guest for day anak buah akak & girlfriend nye. Itu aje tetamu akak untuk raya tahun ni. Nasib baik tak ramai, kalau ramai.. penat uuuu. We all lepak-lepak sambil makan-makan dan nonton CD kat umah. Last guest akak balik kul 6.30 petang.



9.00 malam sharp kami anak beranak terus naik atas atas dan zzzzzzzzzzzzz... sampai pagi. Khamis akak sambung keje dan anak-anak datang sekali kat opis lepak kat library.

Tuesday, November 16, 2010

YESTERDAY was not a good day for me!

15 November 2010 bersamaan hari Isnin



Buat-buat sibuk ke Kak Intan?

1. Masa nak breakfast kat Cafe, akak terperasan cincin akak tak ada kat jari manis akak yang comei tu. Riuh gak mencari-cari kat opis dan called my hubby kat umah whether dia jumpa cincin akak sebelum dia pegi keje.. tak de katanya. Sebelum tu cam biasala.. dengar le khutbah di pagi hari .. u selalu macam ni bla... bla.., careless le ..bla.. bla, selalu tak ingat.... FULL STOP.

2. Tertonggeng-tonggeng dibuatnya akak dok cari cincin kat bawah meja akak, sebenornya cincin tu besar sket daripada cincin lain yang akak ada.. almaklumle.. nak prepare jika ada kemungkinan jari akak bertambah mugil. Itu yang akak beli besar sikit daripada yang selalu akak pakai. Cari punya cari .. tak jumpa-jumpa hingga le 1/2 day tuh akak dah give up! tak pe le dah tak ada rezeki l kot. Ada rezeki akak beli le lagi

4. Pukul 4 lebih, tiba-tiba akak tengok kat meja akak, apa benda berkilat tu? rupa macam ribbon silver yang pendek. Terus akak ambil, aiik berat lak. Akak pun tenung-tenung.. macam aku kenal design ni. Sah..... memang...



--rupa-rupa nya cincin akak dah penyek umpama sekeping ribbon dek kena canai kat akak punya roda kerusi akak. Mungkin sebelum tu cincin tu berada kat dlm roda tu kot.. tiba-tiba aje dia keluar daripada tempat persembunyian dan terus jatuh kat carpet. Alhamdulillah, masih ada rezeki lagi, walaupun tak boleh pakai. Apa-apapun akak nak pegi kedai emas tu balik whether depa boleh repair or apa-apale yang memboleh kan akak pakai balik cincin tu. Sayang tau! Umur pun baru je 3 bulan. Akak beli tu semasa nak raya Aidil Fitri tahun ni aje.




Ini le rupa cincin akak yang telah dipenyek oleh kerusi akak sendiri. Salah siapa?

Scenario 2

1. Selalu akak balik cepat tapi atas kesibukan yg melampau, akak menuju kekereta kul 8.30 mlm. Tiba-tiba nak start engine, tak boleh.. Laaa bateri kong le pulak. Kawan-kawan cuba tolong dengan mencari jumper untuk jumpstart. Moral : Lain kali akak kena beli le benda jumper ni, penting tau ditika-tika begini.

2. Bertungkus-lumus depa cuba tolong akak.. daripada jumper kecik ke jumper besar, tak berjaya jugak. Mungkin bateri akak dah tak boleh diselamatkan.. Jalan mudah call insurance for new battery. Called dia orang, tanya brapa lama dia orang akan deliver battery tu. Katanya 1 jam tu 1 1/2 jam. Mak oiii, lamanya.. time tu dah kul 10 lebih dah, badan letih, mata mengantuk dan perut lak menyanyi. Yang pastinya akak tak boleh balik umah sebab kete tak ada, last resort akak balik umah my cousin. Hari ni pegi keje, pakai baju my cousin le. Nasib baik badan ala-ala same size gitu.

3. Pagi ni terbang duit akak 300.00 hengget beli battery baru. Orang raya beli baju baru, akak beraya dengan battery baru.

Apa-apapun Selamat Menyambut Hari Raya Qurban dan semoga kita sentiasa berkorban untuk kesejahteraan hidup dan dalam mengejar keberkatan daripada Allah Taala. Amin..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...