Saturday, August 27, 2011

Kampungku.. Kehidupanku



Hari ini Sabtu, 27hb Ogos 2011 Kak Intan akan balik kampung hubby akak iaitu dipekan kecil di Tapah, Perak. Tahun ni turn akan beraya dibelah Perak pulak. Nama kampung nya ialah Tapah Road. Kalau Kak Intan balik kesini, akan akan rasa segar dan tenang sebab.. kampung ni dikelilingi pokok-pokok hijau yang menenangkan. Sejuk dan nyaman rasanya.
Kalau tak ada aral melintang, insyaalah raya ke3 nanti, akak sekeluarga akan berangkat pulak ke kampung tercinta akak iaitu di sebelah pantai timur iaitu di Kelantan Darul Naim. Pekan kecil yang menjadi kampung kesayangan Kak Intan adalah Kuala Krai. Bagi warga Kelantan yang pulang kekampung halaman selalunya mereka akan melalui jalan KUL - GUA MUSANG - KOTA BHARU, jadi kampung akak ni akan menjadi laluan kepada semua pemandu untuk sampai kedestinasi masing-masing. Sebagai sebuah pekan kecil, akak bangga sebab kat kampung akak ada berbagai-bagi kemudahan. Walaupun pekan kecil, kampung akak ada KFC tau! hehhe. Bangga, so anak-anak kalau nak pegi makan KFC, cuma jalan kaki aje dari umah neneknya. Akak akan beraya disini sehingga hari Ahad. Insyaalah.


Ini lah KFC kat kampung akak:)

Thursday, August 25, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1





Finally......., impian Kak Intan tercapai untuk mendapatkan tablet untuk akak. Last Monday, akak nye collegue dengan bangganya menayangkan kan Samsung Galaxy Tab 10.1 terbaharu yang dia beli during weekend. Setelah mencuba kecanggihan dan kesliman tablet tu, terus hati dan jiwa akak meronta-ronta untuk memilikinya. Lagipun dah lama akan menunggu tablet ni dilaunch di Malaysia. Apa lagi, lunch time akak tarik le my friend pegi OU untuk menyambar sebijik untuk akak. Dengan harga RM1899.00 + leather chasing for RM219.00 (Wi Fi and 3G), akak rasa tablet ini sungguh berbaloi untuk dimiliki.



Macam-macam akak boleh buat dengan tablet ni, nak download application, download songs and nak buat apa-apa saja sungguh mudah dan pantas. Semuanya dihujung jari anda aje. Lagipun Samsung 10.1 adalah tablet yang terpantas, teringan dan ternipis didunia. Akak tak boleh berenggang dengannya sekarang, macam dapat boyfriend baru.. (diam-diam nanti Cik Abang tahu, dia marah lak). Budak-budak lak, pantang lepa, asyik nak berkepit aje, lagipun dia orang dah pandai download games untuk dia orang. Berebut pulak dengan anak-anak. :) hehe.. Hari Raya Kak Intan akan lebih meriah :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Dikesempatan ini Kak Intan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman dan sesiapa saya yang sudi singgah diblog Kak Intan. Semoga raya tahun ni lebih memberi keberkatan dan dirahmati olehnya.


Raya tahun ni memberi makna mendalam buat Kak Intan sebab... jeng jeng.. pertama kali dalam hidup Kak Intan buat sendiri cookies untuk raya. Itupun sebab atas permintaan gigih anak dara Kak Intan. First week of puasa, akak pegi Tesco dan dengan gigihnya membeli 1 biji oven dan mixer (sebelum tu dah tanya kawan-kawan yang master buat biskut, jenis oven mana yang terbaek). Berbaloi-baloi gak sebab... tahun ni... Kak Intan berjaya ..


1. menyediakan 5 jenis biskut raya


2. buat kek coklat


3. buat kek untuk birthday Aqil on 20 Aug 2011.


Alhamdulillah... Walaupun tak ditahap professional tapi boleh laaa untuk first timer :)

Kalau ada kelapangan, Kak Intan update pasal kemeriahan raya kami okay.

As salam.





Tuesday, August 2, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Tak terlewat rasanya untuk Kak Intan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua teman-teman dan seluruh umat Islam di dunia. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan untuk semua. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...