Sunday, January 23, 2011

I'm proud of you AQIL

Aqil is wearing Arsenal's jersey

Sessi warm-up

Yesterday, 22nd Jan 2011, akak and family went to SKBD to try Aqil's luck to be a football player representing his school. Aqil yang memang bersemangat untuk bermain bola, tak henti-henti mengingatkan akak utk pegi sekolah hari Sabtu utk sessi pemilihan tu. Tepat 3.30 pm kita orang dah sampai kat sekolah, fulamak ramainya orang.


Tiba-tiba Aqil rasa cuak dan rasa takut menguasi dirinya. Selepas kata-kata semangat diberikan oleh my hubby dia kembali bersemangat utk turun padang. Mula-mula sessi latihan biasa aje, cara-cara bawak bola dan warm-up. Lepas tu cikgu divided the whole group to 3 groups and the real games began. Kak Intan rasa bangga melihat aqil bermain dengan penuh semangat dan komitment yang tinggi sambil mempratikkan skills yang diajar oleh bapanya. Jangan tak tau, bapanya pun pemain bolasepak sekolah gak. Kemana kuah tumpah kalau tak ke nasi kan.

Melihatkan Aqil kat padang, akak dapat rasakan, bolasepak memang permainan utk Aqil, cara dia berlari, membawa bola, tackle dan cara dia sepak bola memang serasi dengannya. Gaya dah ada cuma kena polish sket lagi dengan skills ala-ala pemain bola professional gitu.

Selesai perlawanan cikgu memanggil semua pemain dan mula memanggil nama pemain yang terpilih. Untuk darjah 4, Aqil dan 2 lagi kawannya terpilih. Lega akak selepas mendengar cikgu memanggil nama Aqil, at least berbaloi dengan penat lelah aqil berlari-lari kat padang hari itu. Akak boleh lihat kegembiraan di wajah aqil kala namanya dipanggil oleh coach untuk beratur bersama-sama pemain lain yang terpilih. Well done, anakku.

Moga-moga Aqil akan menjadi pemain bolasepak professional pada suatu hari nanti, itu doa mama untuk Aqil. :)

Sebelum pegi sessi pemilihan hari tu, akak berjanji dengan Aqil, kalau terpilih akak akak beli boot baru. Janji tetap janji dan aqil memilih untuk beli boot ini. Boot ini hanya dipakai oleh Ronaldo aje tau :) Yang sebenarnya, Akak and hubby termasuklah kakaknya tak berapa berkenan dengan kasut ni. Lain macam aje nengok warna pink kat kaki boy, anyway ini dah pilihan dia, kita orang turutkan aje. Pink pun pink le Aqil! Janji Aqil HAPPY!

Tuesday, January 18, 2011

Makan Angin

Apa Kak Intan makan angin, kenyang ke?

He he, sebenornya akak ngan family pegi makan angin ke Negeri Di bawah Bayu last weekend - Kota Kinabalu tempatnya.. Ser0nok ke? Mestile seronok, anak-anak seronok dan mak bapak nye pun seronok gak. Kalau nak tumpang seronok, enjoy the photos!


Chewah!!

"Hidup Matiku Hanya Untukmu"

"Everyone can fly' katanya tapi merasa lah flight delayed memanjang, anyway akak bersyukur ada Air Asia, at least dapat le merasa pegi sana sini ngan tambang murah. Thank you AIR ASIA !

Akak pegi from 14 - 16 January 2011. Tujuannya cuma untuk relax aje, cuti sekolah hari tu tak pegi kemana-mana sebab Aqil bersunat dan seminggu before new year akak balik Kelantan lak sebab Alya memekak nak balik Kelantan. Akak tak kemana pun kat sana cuma jalan-jalan kat pasar Filifina dan kawasan sekitarnya. Hajat hati nak gak pegi Kundasang, nak nengok kaki Gunung Kinabalu tu, sekali tanya teksi/MPV, RM400.00 hengget dia nak pegi balik. After bincang ngan my hubby, we've decided tak yah le buang duit.. kita relax sini aje. Akak stay kat Le Meridien dan hotel ni very-very convenient sebab dia dok tengah-tengah pekan KK, jadi nak makan, bershopping and transport senang bangat.





Akak stay kat Le Meridien for 4 days, best!


Biliknya pun besar ngan 2 queen beds, actually this is akak punya 2nd time stay kat sini. 1st time pegi ofis punya outing. Semua ditanggung beres, this time semua poket sendiri yang membereskan .. he he

View from my room, itu le pasar Philippine


Seafood yang mengancam, mula-mula akak takut gak makan sebab org kata kurang bersih tapi akak cuba gak tapi akak pilih ikan dan suruh dia orang bakar. Hasilnya memang menakjubkan sebab ikan segar dan isinya pejal .. murah dan sedap

Alya tengah ralit memilih gelang pearl, akak tak excited pun membeli pearl ni sebab dah 3 kali pegi dah. Yang beli dulu pun tak terpakai so this trip akak tak membazir duit beli accessories. Cuma beli utk buah tangan aje kat kenkawan


Alya & Aqil



Biasalah kalau dah pegi hotel, tak sah kalau tak pegi swimming pool

Ni tengah tunggu bus nak ke 1 Borneo. The largest mall in East Malaysia, size nye lebih kurang Mid Valley. Yang bestnya dia orang sediakan FREE service bas untuk bawak kita pegi and balik ke 1 Borneo.




Sedang menikmati keindahan alam sambil makan nangka yang tersangat manis..


Kat Airport Sabah.. dah nak balik dah.. Bye-bye KK, till we meet again kalau panjang umur dan murah rezeki. Insyaalah

Saturday, January 8, 2011

Birthday Celebration


HAPPY BIRTHDAY!!

What a suprise, Kak Intan dapat boquet daripada kawan-kawan

Kawan-kawan opis Kak Intan belanja akak makan masa birthday akak hari tu. Akak sangat-sangat hargai keikhlasan kenkawang meluangkan masa dan RM utk meraikan hari istimewa Kak Intan. Kami makan kat Restoran Brisik kat Petaling Jaya. Exact location akak tak tahu sangat tapi makanan dia boleh tahan gak sedapnya. Sila tengok gambar kat bawah utk merasakan kemeriahan makan-makan pada 4 Januari 2011. Umur Kak Intan berapa? Jawapan standard utk semua orang ye.. RAHSIA.... Kak Intan awet muda tau.. hehhe
Kawan-kawan akak yang cun dan handsome belaka

Ini nasi Penyet akak punya

Nasi apa tah! nasi timbel Kampung kot

Tuesday, January 4, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME

4 Januari adalah hari Kak Intan dilahirkan didunia yang fana ini oleh bonda tercinta. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup Kak Intan. Insyaalah.

Salam sayang pada teman-teman yang sudi singgah kat blog Kak Intan. :)

PEACE NO WAR!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...