Friday, May 30, 2014

MY BFF, MY TRUE GIRLFRIENDS, MY BEST FRIENDS EVER

Kak Intan nak citer pasal kawan baik Kak Intan lama kenal dah, susah senang kita bersama-sama. Dari bujang trang tang tang sampai beranak pinak kami masih lagi bersama. Dari badan macam kerengga sampai le badan dah bulat, kami masih juga bersama. Harap-harap persahabatan kami akan kekal hingga Jannah.

Kami selalu hang out kalau especially hujung minggu kerja. Almaklum le, akak ni keje pejabat so depa kena le ikut time akak ye. Fay seorang housewife & Rose lak cikgu. Jadi masa terluang dia orang lebih banyak dari akak yang keje from 9-5 ni. sob! sob!sob. Selalunya kami lepak-lepak bawak anak-anak tengok movie, makan-makan atau kekadang outing dekat-dekat je sebab selalunya kita orang pegi dengan anak-anak je. Hubbies tinggal kat umah. Baru le best kami berjimba kan.

My truly friends Rose and Fay
 
Akak & Fay
 
Ni rasanya kita orang makan kat The Noodle kat Mid Valley.
Not recommended, tak sedap langsung

 
 
Ni kita orang lunch kat My Elephant, Hartamas. Best gak!
 
Pineapple fried rice
 
Phad Thai. Yang ni memang superb. Must try!
 
Mango with sticky rice tapi dia tak pakai pulut yang putih tu instead dia orang guna pulut hitam. Nampak pelik tapi sodap
 
Rose tengah tak sabar nak ngap nasi goreng belacan dia. hihi




Friday, May 23, 2014

ASHLEY THE KITTY

Or you just call me Ashley :)

Title tak boleh blah. hihi. Marah la sapa-sapa yang nak google cari barang Laura Ashley. Maap ye. Kuching Kak Intan pun nak glamer jugak.

Stray cat yang tetiba datang bertandang ke teratak kami pada Isnin, 19 May 2014. Akak anak beranak ni memang pengemar kuching sebenarnya. Kuching dah bersilih ganti akak bela tapi itu lah, ada yang mati kena langgar dek kereta, ada yang hilang atau dicuri orang atau ada yang mati kerana sakit. dah macam-macam kisah tentang kuching ni. Last sekali mungkin tahun lepas, kuching akak yang cnatik jelita telah dicuri orang dek oii. Sedih juga kalau difikirkan dan rasa macam tak nak bela kuching lagi, tapi mungkin dah rezeki kami Ashley sendiri yang datang masuk dalam enjin kereta. My hubby cuba ambik tapi tak dapat, lepas sembahyang dia intai lagi tapi kuching tu dah tak ada.

Sedang elok akak balik keje dan sampai gate, tetiba mata akak ternampak Si Ashley dok menyorok kat bawah kereta my neighbour ketakutan. Akak pun apa lagi suruh Aqil pergi tengok dan menjerit-jerit le Aqil katanya ada kuching comel kat situ.  Akak pun apa lagi, terus intai bawah kereta dan tarik Ashley keluar. Dah peluk dia nampak sangat kuching ni takut dan manja sangat. So terus kami bawak balik rumah bersihkan dia dan bagi makan.  Itu le cerita kuching kami yang baru .. Laura Ashley. hihi. Nama kuching tak nak kalah weii.

Adorable
 



 
 

 

Suka betul kalau dapat main dengan bola ni.


 
Cute kan!


Tuesday, May 20, 2014

GODDESS OF MARRIAGE

Kak Intan terjebak lagi dengan cerita Korea dik. Sebenarnya akak tak tahu pun pasal citer ni. Nak dijadikan cerita.. kalau tak silap Kak Intan bulan lepas, hubby hantar Alya & Aqil pegi mengaji kat taska Islam tiap-tiap malam. Akak yang keseorangan kat rumah pun jadi sole proprietor of the Astro remote le.. apa lagi semua citer akak cari sampailah kat Channel ONE 393 dok tayang citer ni. Yang kelakor nya citer dia ada dual language so depa do cakap Melayu tong tang tong tang. Bunyi memang kelakar tapi ntah kenapabagai ada magnet yang buatkan akak melekat kat citer tu. Citer tentang perkahwinan you olls, ada pasang & surutnya. Anak-anak balik mengaji pun mata akak still melekat kat citer ni. Dia orang pun heran, "aikk mama dah pandai tengok citer Korea ke?" Akak pun bla bla citer kat depa pasai citer ni tapi depa buat tak tahu je. Lantakle.. tak nak tengok pun tak apa tapi akak tak akan benarkan sesiapa tukar chanel ye. Citer tu start dari jam 7.45 hingga 9.00 tiap-tiap malam kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad. So, jangan kacau mama time tu ye anak-anak dan abang sayang. :)

Kalau akak busy masak atau makan, akak dah siap-siap record series so senang at anytime kalau akak nak tengok which episode yang akak dah terlepas tengok. Tapi yang paling kelakar nye, sekarang satu rumah dah tunggu citer ni. Hahh! kak akak dah kata! kalau dah start tengok memang tak boleh miss even 1 episode. Very addicted.


Pelakon yang kacak-kacak dan jelita belaka

Akak memang berkenan kalau Song Ji Hye kahwin dengan mamat ni. Handsome and cool!

Kisah cinta tiga segi




AYAHANDA MAHMOOD BIN SALLEH DALAM KENANGAN

19 May 2014.

Hari ini genap 6 tahun pemergian Allahyarham ayanda Kak Intan. Setiap memori bersama arwah tetap terselit diingatan kami sekeluarga. Doa anakanda semoga ayahnda tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Kerinduanku

Setiap jejak langkahmu ku ikuti

Kemanapun kau pergi ku selalu menemani

ku tahu langkah demi langkah yang kau jejaki

Karena aku selalu berada disampingmu



Namun sekarang hanya langkahku

Jejak kaki mungil yang tak berteman

Sendiri melangkah ke depan

Tanpa jejakmu menemani jejakku



Namun ku tahu rencana Tuhan

Kita akan dipertemukan nanti

Ditempat yang lebih indah tentunya

Dan kita akan melangkah bersama lagi
 
---------------------------------
 
Anakmu ini sangat merinduimu

Friday, May 16, 2014

GOLDEN SANDS RESORT, PENANG - WE CARE WE DO!

Woot! woot kita orang dok berseronok kat Golden Sands Resorts, Penang. Overall, Kak Intan boleh bagi double thumbs up kat hotel ni. Makan best, ambience best, bilik cantik wooo!. Pendek kata semua best. Jom layan gambar je la. Nak citer pun rasa malas..

Pemandangan daripada bilik kami.. cantik kan
 
Dari bilik akak, hari tu akak dapat seaview room so pemandangan nye memang owesemmm!!

 

Bilik yang bersepah tahap gaban
 
 
Acara bermain-main pasir di pantai.. sesekali nak mengeluarkan peluh
 
Hadiah untuk pemenang, penat akak menyopping hampers ni tau, dah la group akak kalah ari tu.
 
 

Eeee.. comotnye akak tapi akak tak kira.. akak nak letak gak gambar ni sebab gambar payung tu cantik

 
 
Sempat ke Padang Kota Lama untuk acara JJCM. Kak Zaine ni orang Penang so dia lah yang bawak akak jalan-jalan kat sini. Tapi akak nyampah betul dengan angin tu. Spare tyre akak kelihatan u olls.
 
Best in the world!

 
 
Sotong gelek favourite Kak Zai. Akak kurang suker sebab kenyal, susah nak makan

 

Best friends - Alya & Syasya
 
 
 

Ini baru le kemas..

 
Toilet yang cantik dan besar gak.

mama love you too darling. So sweet xoxo
Add caption
Akak ni pantang jumpa hammock, asyik nak naik buai dan ambik gambar je. Macam budak kecik kan..hihi
Mama and dotter
Mak Datin sedang beraksi di depan kamera. huhu
Percaya le cakap akak, scenery hotel Golden Sand ni memang superb! Kalau nak beriadah dengan family ini le tempatnya.
 
Budak nak breakfast, marah akak snap gambar sebab belum mandi lagi.


 
 
 
 
 
 

Dah puas berjimba kat sini for 3 days kami.. puas hati dan sangat gumbira. Even my boss pun cakap this is the best CSR.. woot woot.. akak sangat gembira.

Rating Kak Intan - 5 bintang *****

Pada sesiapa yang nak menikmati keseronokan macam Kak Intan terus le buat booking ye.. memang tak rugi

Website : http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort/contact-us/

Address : Batu Ferringi Beach, Penang, 11100, Malaysia
Tel : (60 4) 886 1911
Fax : (60 4) 881 1880

                
 
         
 
        
 

 
 

CSR AT PANTAI KERACHUT, PENANG

Every year company Kak Intan akan mengadakan 2 kali outing setahun iaitu untuk teambuilding dan CSR Programme. Untuk 2013 akak jadi one of the committee member, so ini lah peluang untuk akak suggestkan hotel yang best-best kat management. Yang penting nye semua orang happy dengan proposal kami nanti. Alhamdulillah, proposal dari commitee members untuk pergi Penang dapat greenlight dari top management so apa lagi... Penang here we come!

So pada 13-14 December 2014, kami pun bertolak ke Penang. Untuk program kali ni kami stayed kat Golden Sand Resort dan CSR activity akan dibuat kat Turtle Sanctuary kat Pantai Kerachut. Yehaaa.. bestnye. Mula-mula akak tak tahu pun ada pulau kecil kat Penang. Kalau nak pegi ke Pulau tu kena naik bot lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Jeti untuk ke Pulau Kerachut terletak dihujung Pantai Ferringi iaitu di Taman Negara, Pulau Pinang.  Kalau nak tahu apa yang ada kat sana boleh baca artikel ni yang kak intan google.

 
 
Jeti untuk naik bot ke Pantai Keracut

 
 
 

Nampak tak batu tu yang menyerupai ikan paus. Sama kan!
 
 
Ini bab yang paling best. Badan penat, perut lapar .. sampai pulau dihidangkan pulak nasi yang memang sedap hingga menjilat jari.
 

 
 
 
Pemandangan Pulau Kerachut
 
Telur telur penyu yang dieramkan
 
Mendengar taklimat
 
 
Kami bersama anak-anak penyu
 
Comeinya Kak Intan bersama anak penyu ! Ke anak penyu yang comel?
 

 
Melepaskan anak-anak penyu kelaut. Bye-bye baby penyu semoga selamat sampai ke destinasi dan tidak menjadi habuan burung-burung helang ye.
 
Akan ku kuatkan semangat untuk terus berjuang!
 


Pantai Kerachut

The Penang Turtle Sanctuary is located on Pantai Kerachut (Kerachut Beach) in Penang National Park and was set up to help protect and preserve the dwindling populations of Turtles in Malaysian waters.

Various species of Turtles come onto the beach at night to lay their eggs which are then protected from predators (including humans) until they hatch up to 60 days later.

Green Sea Turtles can be seen coming up on the beach at Pantai Kerachut to lay there eggs from April and August. While the Olive Ridley Turtles come here during the months September to February.

Once the eggs hatch, the Turtle Sanctuary then keeps the young turtles in small ponds until they are old enough to stand a good chance of survival in the wild before they are released, thus increasing the chances of the babies making it to adulthood and coming back to their birthplace to lay their own eggs in the future.

Itulah ceritanya pasal Pantai Kerachut dan Turtle Santuary tu. Rasanya tak rugi kita pergi ke sini tu sebab banyak information yang kita dapat daripada pekerja-pekerja kat situ. Rupa-rupanya turtle ni dah semakin pupus dek keghairahan nelayan-nelayan yang mengunakan pukat-pukat untuk mencari ikan dan mereka-meraka yang menangkap penyu untuk dijadikan hidangan dan tak lupa juga telur-telur penyu yang juga dimakan oleh manusia. Sebenarnya akak pun pengemar telur penyu jugak tapi selepas dengar penerangan dia orang akak mengistiharkan diri akan bukan pemakan telur penyu ye. Kau ada?

Kita orang berada kat situ dari pukul 2.00 petang hingga ke jam 7.30 malam. Penat wooo!

Bye-bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...