Monday, June 28, 2010
Selamat Ulangtahun Perkahwinan
Hari ni genap le 10 tahun usia ikatan perkahwinan Kak Intan dengan hubby tersayang. Tiada hadiah berharga yang Kak Intan ingin berikan kepada my hubby, cuma iringan doa kepada Allah semoga ikatan cinta & kasih sayang kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga diberikan keberkatan dalam hidup, dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera sentiasa.Doa Kak Intan juga semoga Alya & Aqil menjadi insan yang berguna didunia dan diakhirat. Teman-teman tolong doakan ye. AMIN...
Domino punya cerita (3)
Sunday, June 13, 2010
Lagenda Budak Setan
Lisa Surihani yang cun melecun.
Saturday, June 12, 2010
Jalan-jalan cuti sekolah
Kak Intan tak kemana cuti sekolah kali ini, last Friday Kak Intan ambil cuti dan bawa my 2 kids
and my niece jalan-jalan kat MV. Kesian lak nengok dia orang terperap kat umah..
With Woody & Buzz
Yummy!
Sunday, June 6, 2010
Ikan Masin Masak Lemak Nenas
Bahan-bahan :-
Isi dan tulang Ikan kurau masin - sebanyak mana yg nak makan (kalau ramai tu banyak le)
Nenas (potong kecil)
1 biji santan pekat
2 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (di ketuk-ketuk manja)
Cili api - taruk banyak kalau suka pedas
1 keping asam keping
Cili hijau & buah tomato utk hiasan
Cara-caranya :-
Tumbuk bawang, halia, kunyit & cili api. (bagi Kak Intan, kalau tumbuk lagi sedap daripada mesin sebab rasa tumbuk dengan batu lesung tu lebih kick lagi)
Masukkan dalam periuk bersama-sama ikan masin, asam keping, serai dan santan.
Bila mengelegak masukkan nenas. Kacau sebentar dan last sekali masukkan cili hijau, buah tomato dan perasa.
Angkat dan makan dengan nasi, ikan goreng, sambal belacan bersama ulam-ulaman kampung. "Fulamak, mak mertua lalu pun gua tarak nampak". Simple dan sedap.
Pegedil Ayam
Walaupun rupa tiada, rasanya ada...
Apa kata hari ni kita tengok resepi pegedil ayam Kak Intan. Sebenarnya 1st time akak buat pegedil ni, suka makan tapi malas nak buat. Hari ni semangat berkobar-kobar nak makan pegedil.. try buat dan the result was soooo sedap! (angkat bakul sendiri lak). Kalau nak cuba boleh le nengok resepi kat bawah ni,Bahan-bahannya :-
1 paket ayam cincang (akak beli brand Ayamas)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji kentang (rebus)
3-4 sudu tepung jagung (ikut kepakaran puan-puan)
Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
Cili Api (kalau suka pedas)
Lada hitam (ditumbuk)
Lada sulah, garam dan gula
Cara-caranya :
Lenyekkan kentang hingga halus. Campurkan ayam dan kacau hingga sebati.
Masukkan bawang, & daun ketumbar. Kacau hingga sebati
Masukkan tepung jagung dan kacau hingga sebati sehingga boleh di bentuk menjadi bulat.
Campurkan cili api, lada hitam, lada sulah dan perasa dan kacau hingga sebati.
Bentukkan pegedil tadi menjadi bulat dan agak leper. Masukkan dalam fridge selamat 5 minit.
Pecahkan 1 biji telur dan pukul sedikit. Celup pegedil yang telah dikeluarkan dari dalam fridge kedalam telur dan goreng hingga kekuningan.
Boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu saja bersama cili sos. Mmmm sedap hingga menjilat jari.
Selamat Mencuba..
Ayam Masak Hitam
Bahan-bahannya :-
Ayam yang dipotong kecik
5 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
Sedikit halia - mayang
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
Cili burung & cili besar utk hiasan
Buah tomato untuk hiasan
Cara-caranya
1. Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau hingga wangi
2. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak dan wangi
3. Masukkan sos tiram, kicap manis & kicap masin (ikut citarasa u ols)
4. Masukkan sedikit air dan perasa. Kacau hingga sedikit kering.
5. Akhir sekali masukkan cili burung, cili besar dan bawang utk hiasan. Kacau sebentar dan angkat.
Selamat Mencuba
Friday, June 4, 2010
DOMINO punya cerita (2)
11.00 pm. Tak yah tunggu pizza le Alya & Aqil. Jom kite naik tidur.
Lastly... kami anak beranak tidur dalam kelaparan.. z z z zz (ni bunyi tidur) kreq kruk kruk krek (ini lak bunyi perut yang kelaparan) he he
La ni kalau lalu aje depan Domino, mesti Alya & Aqil cakap " Domino jahat, tak nak hantar pizza kat umah kita".
Utk menebus dosa akak kat anak-anak, smlm kita org gigih pegi sendiri, tak nak suruh dia orang deliver dah. Insafff..
DOMINO punya cerita (1)
..... to be continued in 2nd series
Panazz telinga!!##**!!
Farewell
Yang ni gambar sebelum gunung berapi meletup.. nak nengok selepas dia meletop ? ...
Gini le rupanya... kesian kan kan!!