Tiba-tiba Aqil rasa cuak dan rasa takut menguasi dirinya. Selepas kata-kata semangat diberikan oleh my hubby dia kembali bersemangat utk turun padang. Mula-mula sessi latihan biasa aje, cara-cara bawak bola dan warm-up. Lepas tu cikgu divided the whole group to 3 groups and the real games began. Kak Intan rasa bangga melihat aqil bermain dengan penuh semangat dan komitment yang tinggi sambil mempratikkan skills yang diajar oleh bapanya. Jangan tak tau, bapanya pun pemain bolasepak sekolah gak. Kemana kuah tumpah kalau tak ke nasi kan.
Melihatkan Aqil kat padang, akak dapat rasakan, bolasepak memang permainan utk Aqil, cara dia berlari, membawa bola, tackle dan cara dia sepak bola memang serasi dengannya. Gaya dah ada cuma kena polish sket lagi dengan skills ala-ala pemain bola professional gitu.
Selesai perlawanan cikgu memanggil semua pemain dan mula memanggil nama pemain yang terpilih. Untuk darjah 4, Aqil dan 2 lagi kawannya terpilih. Lega akak selepas mendengar cikgu memanggil nama Aqil, at least berbaloi dengan penat lelah aqil berlari-lari kat padang hari itu. Akak boleh lihat kegembiraan di wajah aqil kala namanya dipanggil oleh coach untuk beratur bersama-sama pemain lain yang terpilih. Well done, anakku.
Moga-moga Aqil akan menjadi pemain bolasepak professional pada suatu hari nanti, itu doa mama untuk Aqil. :)Sebelum pegi sessi pemilihan hari tu, akak berjanji dengan Aqil, kalau terpilih akak akak beli boot baru. Janji tetap janji dan aqil memilih untuk beli boot ini. Boot ini hanya dipakai oleh Ronaldo aje tau :) Yang sebenarnya, Akak and hubby termasuklah kakaknya tak berapa berkenan dengan kasut ni. Lain macam aje nengok warna pink kat kaki boy, anyway ini dah pilihan dia, kita orang turutkan aje. Pink pun pink le Aqil! Janji Aqil HAPPY!