Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Dikesempatan ini Kak Intan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman dan sesiapa saya yang sudi singgah diblog Kak Intan. Semoga raya tahun ni lebih memberi keberkatan dan dirahmati olehnya.


Raya tahun ni memberi makna mendalam buat Kak Intan sebab... jeng jeng.. pertama kali dalam hidup Kak Intan buat sendiri cookies untuk raya. Itupun sebab atas permintaan gigih anak dara Kak Intan. First week of puasa, akak pegi Tesco dan dengan gigihnya membeli 1 biji oven dan mixer (sebelum tu dah tanya kawan-kawan yang master buat biskut, jenis oven mana yang terbaek). Berbaloi-baloi gak sebab... tahun ni... Kak Intan berjaya ..


1. menyediakan 5 jenis biskut raya


2. buat kek coklat


3. buat kek untuk birthday Aqil on 20 Aug 2011.


Alhamdulillah... Walaupun tak ditahap professional tapi boleh laaa untuk first timer :)

Kalau ada kelapangan, Kak Intan update pasal kemeriahan raya kami okay.

As salam.





Tuesday, August 2, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Tak terlewat rasanya untuk Kak Intan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua teman-teman dan seluruh umat Islam di dunia. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan untuk semua. Ameen.

Thursday, June 23, 2011

Ahhhh!!

Kak Intan rasa bersalah sangat kat blog Intan Payung. Akak nampaknya semakin melupakannya atas desakan masa yang semakin meruncing. Semangat nak memblog semakin berkurangan dalam diri akak. Akak bertekad untuk sekelian kalinya... Kak Intan akan terus kuatkan semangat untuk mengUPDATE blog ini sebelum ianya berkubur. Akak sayang INTAN PAYUNG ni!

Untuk tatapan terbaharu, gambar akak semasa mengerjakan umrah pada bulan April yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Alllah SWT. Bila ada kelapangan akak akan mengupdatekan perjalanan umrah akak ini.




Tuesday, March 29, 2011

Opps!!

Apasal dua tiga hari ni akak gile nak nak beli handbag.. ish ish. Macam mengidam lak semua nak beli.

Monday, March 28, 2011

Semalam ku Bermimpi

Tak basuh kaki kot masa nak tidur semalam... akak mimpi ngeri uaols.. apakah mimpi itueww??? Syhh.. kak Intan bermimpi my hubby kahwin lain.. masyaalah.. macam betul-betul berlaku. Rententan peristiwa perkahwinan itu akak ingat satu persatu. Macamana dia tipu akak, akak dapat tahu dia kahwin daripada orang lain.. akak mengamuk, akak halau dia daripada rumah, akak menangis dan peristiwa berebut anak-anak kami.


Tiba-tiba akak tersedar dan terlihat dia dok sedap berdengkur sebelah akak. Akak hug dia.. beristifar.. Akak mula tersedar yang akak memang sayang dan cinta dia didunia dan akhirat. Moga-moga semuanya peristiwa itu hanya mainan tidur dan tak akan menjadi realiti. Insyaalah... I love you so much PAPA.



Friday, March 4, 2011

She is 11th !












Dah besar dah anak mama ni. She was 2.8kg when she was born on 2 March 2000. And now... believe it or not.. she is as tall as her mom. Happy 11th birthday and I luv you so much my sweetheart! Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Insyaalah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...