Alhamdulillah, atas kudrat yang diizinkan tuhan dan rezeki olehnya, Kak Intan berkesempatan membawa anak-anak bergumbira di Universal Studio, Singapore pada 27-19 Mei yang lepas. Abang sayang tak ikut sebab tak dapat cuti, jadi kami bertiga aje yang hi ha kat sana. Nak bercuti kat overseas tak mampu lagi so bercuti kat seberang Selat Melaka aje le.
Sebelum sampai ke Singapore, Kak Intan berhenti juga cuci mata kat Johor Premium Outlet kat Skudai. Well... teruja juga sampai kat sana, almaklum lah semua harga ada diskaun 50% - 70%. Ada berbagai-bagai designer boutique kat situ, kalau yang ada fulus lebih tu rambang mata jugak dibuatnya. Akak dah kena kidnap oleh hero akak masuk kat kedai NIKE, sudahnya dia dapat le sepasang kasut bola dan barang-barang bola nya, ntah apa namanya akak pun tak tahu. Dah dapat barang Aqil barulah akak bebas bergerak. Tapi yang tak bestnya kami ada 2 jam je untuk bershopping kat situ. Tak cukup masa lah, banyak lagi kedai tak sempat masuk. Tak pe lah, lain kali akak datang lagi.
So, apa lagi .. enjoy the photos !!
| Berhenti breakfast kat R&R Seremban |
| Aqil tengah menerai kasut bola kat kedai NIKE |
| Murahkan, harga asal RM139 afer discount RM99 |
| Dengan cikgu Rose, bestfriend since skolah tadika sehingga kini |
| Participating outlets kat JPO |
| Tak sah kalau tak bergambar kat sini |
| Me and anak-anak |
| My hero and heroin |
| Siapa lagi kuat? Jangan terlondeh dah le cik abang oi! hehe |
| Senyum :0 tak perlu kata apa-apa |
| Happy faces!! |
| Marilyn Monroe? |
| Nasi briyani selepas diconvert jadi RM40.00, Tak kan nak ikat perut so makan aje le |
| Kak Intan yang dah kepenatan tapi masih mampu tersenyum |
| My 2 lovely son and daughter |
| Far Far Away |
| iBest naik ride Transformer ni! lain kali Kak Intan nak pegi lagi, insyaalah |
| Macam ni le akak kena beratur utk naik ride ! Penat sih |
| Mamat hensem yang memang hensem. hehhe |
| Dah hampir malam dah tika ni, Alya nak senyum pun dah tak larat |
Kalau tak ada aral melintang, insyaalah raya ke3 nanti, akak sekeluarga akan berangkat pulak ke kampung tercinta akak iaitu di sebelah pantai timur iaitu di Kelantan Darul Naim. Pekan kecil yang menjadi kampung kesayangan Kak Intan adalah Kuala Krai. Bagi warga Kelantan yang pulang kekampung halaman selalunya mereka akan melalui jalan KUL - GUA MUSANG - KOTA BHARU, jadi kampung akak ni akan menjadi laluan kepada semua pemandu untuk sampai kedestinasi masing-masing. Sebagai sebuah pekan kecil, akak bangga sebab kat kampung akak ada berbagai-bagi kemudahan. Walaupun pekan kecil, kampung akak ada KFC tau! hehhe. Bangga, so anak-anak kalau nak pegi makan KFC, cuma jalan kaki aje dari umah neneknya. Akak akan beraya disini sehingga hari Ahad. Insyaalah.



Untuk tatapan terbaharu, gambar akak semasa mengerjakan umrah pada bulan April yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Alllah SWT. Bila ada kelapangan akak akan mengupdatekan perjalanan umrah akak ini.