Monday, June 18, 2012

Laguna Resort, Pulau Redang 2011


Yang ni Kak Intan pergi last year for our company outing and meeting. Meeting nye sket aje tapi yang kami berjimba lagi banyak. Akak suka sangat tempat ni, despite dengan package yang mahal tapi in terms of rooms, facilities and foods. Akak anugerah kan dengan 5 bintang yang tersenyum kat bawah ni. 


Bintang yang tersenyum comel, macam Kak Intan yang tersenyum gumbira!

One thing that i'm very sure, kalau ada rezeki dan panjang umur, akak akan bertandang kembali bersama family.

Cuba cari Kak Intan semasa snorkeling kat laut dalam

Kat sini le dia orang buat filem Hong Kong

Kak Intan pergi naik Berjaya Air



Bergaya sebelum balik




Kak Intan yang kepenatan tahap gaban sampai dah kena tarik naik bot

Bilik kami yang super duper besar

cantikkan swimming pool ni



Pemandangan bilik


mengintai anak dara - Dayah in da house!



Kanak-kanak riang



Bye bye

Tuesday, June 12, 2012

Universal Studio Singapore 2012



Alhamdulillah, atas kudrat yang diizinkan tuhan dan rezeki olehnya, Kak Intan berkesempatan membawa anak-anak bergumbira di Universal Studio, Singapore pada 27-19 Mei yang lepas. Abang sayang tak ikut sebab tak dapat cuti, jadi kami bertiga aje yang hi ha kat sana. Nak bercuti kat overseas tak mampu lagi so bercuti kat seberang Selat Melaka aje le.
Sebelum sampai ke Singapore, Kak Intan berhenti juga cuci mata kat Johor Premium Outlet kat Skudai. Well... teruja juga sampai kat sana, almaklum lah semua harga ada diskaun 50% - 70%. Ada berbagai-bagai designer boutique kat situ, kalau yang ada fulus lebih tu rambang mata jugak dibuatnya. Akak dah kena kidnap oleh hero akak masuk kat kedai NIKE, sudahnya dia dapat le sepasang kasut bola dan barang-barang bola nya, ntah apa namanya akak pun tak tahu. Dah dapat barang Aqil barulah akak bebas bergerak. Tapi yang tak bestnya kami ada 2 jam je untuk bershopping kat situ. Tak cukup masa lah, banyak lagi kedai tak sempat masuk. Tak pe lah, lain kali akak datang lagi.
So, apa lagi .. enjoy the photos !!






Berhenti breakfast kat R&R Seremban


Aqil tengah menerai kasut bola kat kedai NIKE
                       

Murahkan, harga asal RM139 afer discount RM99
                         

 Dengan cikgu Rose, bestfriend since skolah tadika sehingga kini
                     
                   


Participating outlets kat JPO


Tak sah kalau tak bergambar kat sini
Me and anak-anak
           


My hero and heroin


Siapa lagi kuat? Jangan terlondeh dah le cik abang oi! hehe
                        


 Senyum :0 tak perlu kata apa-apa
          

 Happy faces!!
          



 Marilyn Monroe?
                  

Nasi briyani selepas diconvert jadi RM40.00, Tak kan nak ikat perut so makan aje le
              


 Kak Intan yang dah kepenatan tapi masih mampu tersenyum
        
           


My 2 lovely son and daughter


Far Far Away
                                                       
                                                   


iBest naik ride Transformer ni! lain kali Kak Intan nak pegi lagi, insyaalah
                                        






   Macam ni le akak kena beratur utk naik ride ! Penat sih

Mamat hensem yang memang hensem. hehhe
                                   


Dah hampir malam dah tika ni, Alya nak senyum pun dah tak larat
                                                               
                                                    

Saturday, August 27, 2011

Kampungku.. Kehidupanku



Hari ini Sabtu, 27hb Ogos 2011 Kak Intan akan balik kampung hubby akak iaitu dipekan kecil di Tapah, Perak. Tahun ni turn akan beraya dibelah Perak pulak. Nama kampung nya ialah Tapah Road. Kalau Kak Intan balik kesini, akan akan rasa segar dan tenang sebab.. kampung ni dikelilingi pokok-pokok hijau yang menenangkan. Sejuk dan nyaman rasanya.
Kalau tak ada aral melintang, insyaalah raya ke3 nanti, akak sekeluarga akan berangkat pulak ke kampung tercinta akak iaitu di sebelah pantai timur iaitu di Kelantan Darul Naim. Pekan kecil yang menjadi kampung kesayangan Kak Intan adalah Kuala Krai. Bagi warga Kelantan yang pulang kekampung halaman selalunya mereka akan melalui jalan KUL - GUA MUSANG - KOTA BHARU, jadi kampung akak ni akan menjadi laluan kepada semua pemandu untuk sampai kedestinasi masing-masing. Sebagai sebuah pekan kecil, akak bangga sebab kat kampung akak ada berbagai-bagi kemudahan. Walaupun pekan kecil, kampung akak ada KFC tau! hehhe. Bangga, so anak-anak kalau nak pegi makan KFC, cuma jalan kaki aje dari umah neneknya. Akak akan beraya disini sehingga hari Ahad. Insyaalah.


Ini lah KFC kat kampung akak:)

Thursday, August 25, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1





Finally......., impian Kak Intan tercapai untuk mendapatkan tablet untuk akak. Last Monday, akak nye collegue dengan bangganya menayangkan kan Samsung Galaxy Tab 10.1 terbaharu yang dia beli during weekend. Setelah mencuba kecanggihan dan kesliman tablet tu, terus hati dan jiwa akak meronta-ronta untuk memilikinya. Lagipun dah lama akan menunggu tablet ni dilaunch di Malaysia. Apa lagi, lunch time akak tarik le my friend pegi OU untuk menyambar sebijik untuk akak. Dengan harga RM1899.00 + leather chasing for RM219.00 (Wi Fi and 3G), akak rasa tablet ini sungguh berbaloi untuk dimiliki.



Macam-macam akak boleh buat dengan tablet ni, nak download application, download songs and nak buat apa-apa saja sungguh mudah dan pantas. Semuanya dihujung jari anda aje. Lagipun Samsung 10.1 adalah tablet yang terpantas, teringan dan ternipis didunia. Akak tak boleh berenggang dengannya sekarang, macam dapat boyfriend baru.. (diam-diam nanti Cik Abang tahu, dia marah lak). Budak-budak lak, pantang lepa, asyik nak berkepit aje, lagipun dia orang dah pandai download games untuk dia orang. Berebut pulak dengan anak-anak. :) hehe.. Hari Raya Kak Intan akan lebih meriah :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Dikesempatan ini Kak Intan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman dan sesiapa saya yang sudi singgah diblog Kak Intan. Semoga raya tahun ni lebih memberi keberkatan dan dirahmati olehnya.


Raya tahun ni memberi makna mendalam buat Kak Intan sebab... jeng jeng.. pertama kali dalam hidup Kak Intan buat sendiri cookies untuk raya. Itupun sebab atas permintaan gigih anak dara Kak Intan. First week of puasa, akak pegi Tesco dan dengan gigihnya membeli 1 biji oven dan mixer (sebelum tu dah tanya kawan-kawan yang master buat biskut, jenis oven mana yang terbaek). Berbaloi-baloi gak sebab... tahun ni... Kak Intan berjaya ..


1. menyediakan 5 jenis biskut raya


2. buat kek coklat


3. buat kek untuk birthday Aqil on 20 Aug 2011.


Alhamdulillah... Walaupun tak ditahap professional tapi boleh laaa untuk first timer :)

Kalau ada kelapangan, Kak Intan update pasal kemeriahan raya kami okay.

As salam.





Tuesday, August 2, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Tak terlewat rasanya untuk Kak Intan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua teman-teman dan seluruh umat Islam di dunia. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan untuk semua. Ameen.

Thursday, June 23, 2011

Ahhhh!!

Kak Intan rasa bersalah sangat kat blog Intan Payung. Akak nampaknya semakin melupakannya atas desakan masa yang semakin meruncing. Semangat nak memblog semakin berkurangan dalam diri akak. Akak bertekad untuk sekelian kalinya... Kak Intan akan terus kuatkan semangat untuk mengUPDATE blog ini sebelum ianya berkubur. Akak sayang INTAN PAYUNG ni!

Untuk tatapan terbaharu, gambar akak semasa mengerjakan umrah pada bulan April yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Alllah SWT. Bila ada kelapangan akak akan mengupdatekan perjalanan umrah akak ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...