Thursday, April 17, 2014

Europe Diary 2013 - Part 1

OK.. Lets start!

Nak tahu macamana idea nak pegi makan angin ni tetiba aje. Gini citernye.. pada suatu hari yang hening kita orang mengadakan reunion untuk budak-budak dalam Kelas 6 Biru.. u olls dengar tak? Kelas 6 Biru.. kenkawang masa umur 12 tahun. So kita pun carik balik kawan2 lama kat FB dan we oll organised le "Re-union 6 Blues" kat Concorde, Shah Alam for hi tea. Date akak dah lupo.. amnesia.

One of our friend tu nama nya Roze, sebelum tu akak tengok gambar dia sekeluarga pegi makan angin kat London during school holiday so akak pun merisik le sket2. Dah citer2 pong pang pong pang, keluarle idea dari mulut akak yang kaki jalan ni. "Jom kita arrange girls trip to Europe". Set! then beli ticket, arrange accommodation, train ticket to Paris to my friend's house dan macam2 lagi. All done by my dearie friend Roze, thanks so much laling.

So pada 30 May 2013 kami berlima.. akak, Roze, Aimy, Kie dan Laila (ni kawan Roze dok kat Perlis) pun.. berangkat ke KLIA untuk terbang ke LanDan dengan menaiki pesawat MH 4. Kami bertolak dari KLIA jam 10.05 pagi. Selama 13 jam dalam pesawat (nasib baik masa tu kes MH 370 belum berlaku lagi, kalau tak risau juga akak. Walau apa pun akan masih lagi berdoa agar kesemua penumpang dan anak kapal akan kembali kepada keluarga masing2 suatu hari nanti. Amin.) Kat atas flight jangan citer le makan-minum tak terabai langsung oleh MAS. Akak sampai tak habis makan sebab jap-jap stewardess tolak troli offer makanan kat kita orang. Lastly apa-apa je yang tak lalu nak makan kat atas tu akak tapaw masuk plastik bag utk bawak balik apartment nanti.

Yeyy, tepat pukul 4:15 petang waktu London akak dan kenkawang pertama kali nye menjejakan kaki ke negara uncle John iaitu Heathrow Airport. Heppi sesangat maklum le tak ku sangka dapat juga sampai ke sini. Heppiii!!
Pagi sebelum naik flight kat KLIA.. Kak Intan yang tesengih dan xcited nak pegi LanDan..









Ini le ahli rombongan kak Intan ke Europe, dari kiri Roze, Laila, Aimy, akak yg montel dan Kie.
She is my truly best friend since Std 1 until now. Banyak kisah pahit getir yang kita orang kongsikan bersama. Moga2 persahabatan kami kekal hingga hujung nyawa. Insyaalah.


 Makan lagi!
 Makan apa tu kak Intan? makan ke senyum. Gedik!
Heathrow Airport, nampak tak bag2 tu. Salah satu bag tu penuh dengan makan uolls, dengan beras, garam, ikan bilis dan macam2 lagi.. maklum le tekak orang Melayu.
 
Dari airport kami dah di tunggu oleh Matt (cewah nama macam orang putis, almaklum lah mamat ni dah menetap kat sana. Dengan menaiki van kita orang sepatutnya dah bergerak ke apartment kat King Cross tu tapi disebabkan akak-akak ni merayu nak berjalan-jalan so Matt pun bawak le kita ke Chelsea stadium. Akak yang bukan kaki bola ni pun terus perasan jadi mak Frank Lampard. huhu.

Tadaa.. sampai jugak akak kat Chelsea stadium. Best!
Ini le ruponya stadium tu. Sunyi kan! Tapi ralat sikit sebab dah tutup. Heran ye, kat London ni kebanyakan mall and tourist attraction di tutup seawal jam 6 petang so melepas le akak nak bershopping kat sini. Jimat duit akak!
 
 Chelsea VS Intan Payung
 
Selepas puas ambik posing kanan, kiri, meniarap dan kuak lentang bagai, jom kita isi perut dulu. Walaupun dah makan macam2 dalam flight, perut kami masih lagi menyanyi mesra mintak diisi.
Destinasi seterusnya Matt bawa geng kita orang pegi dinner sambil shopping sket. Tempatnya akak tak ingat tapi kat situ penuh dengan kedai orang Arab, kita orang makan kebab dan shopping key chains for friends & families. Sampai sini dah agak2 malam dah so.. akak dah tak tertahan dengan kesejukan udara kat sini. Akak tak boleh dok lama kat tepi jalan dik oii.. jap2 akak akan lari masuk van, tutup semua pintu dan mengeletar sorang2 dalam van. Akak respect betul lah dengan geng2 akak yang lain yang kulit tebal agaknya sampaikan dia org kata aku rasa nyaman aje weather macam ni. Itula agaknya kenapa akak tak boleh migrate ke oberseas ni. :(





dinner dengan kebab dulu ye. Best sgt!
 
Dah selesai makan dan bershopping bagai, jom kita balik apartment kita. Badan pun dah penat dah dan jet lag dah bermula ni.
  
  

Ini le Abang Matt tu.

Apartment kita orang le tu.. tengok tu Roze dok melenggang kankung balik umah.
 
 Dapur tempat kami memasak hari-hari macam rumah kami sendiri kat kampung.
Yang ni bilik Kak Intan, Aimy & Kie. Cantik kan bilik ni
 Ini bilik Roze and Laila. Sejuk mata memandang

 
Ini la apartment yang kami sewa utuk 6 hari di London. Tempatnya di King Cross Road, very strategic coz it is only walking distance to St Pancras which is a very huge train station . Nak pegi Paris pun naik train kat sini jugak. So senang citer, senang untuk kemana-mana sajer. 
 


 
Dah mandi-manda bagai.. akak tertidur dalam kesejukan walaupun bersebelahan dengan heater. Memang kampung.com sungguh.
 
Nantikan citer seterusnya dalam Europe Part 2 ye! Tadaa

Ku kembali lagi

Salam semua adik kakak yang disayangi.. rasanya blog akak ni bukan lagi bersawang tapi hampir-hampir roboh agaknya. Tapi insyaalah akak tak akan biarkan roboh walaupun sesekali aje akak memaku kat sini. Ntahlah, akak ni bukan jenis rajin menulis kot tapi rajin membaca so.. tangan ni rasa berat aje kalau nak menaip kat dalam blog kesayangan akak ni. However, bak kata pepatah orang putih 'Better Late Then Never' so akak pun berpeganglah pada pepatah tersebut ye.

Dah hampir  1 tahun ye akak menyepi.... banyak perkara pahit manis yang akak lalui dalam masa 1 tahun tu.. senang citer .. akak masih berdiri teguh di payungi oleh suami dan anak-anak tersayang. Cewahhh!! semangat membara tu. hihi.

So apa nak citer ye kali ni.. last post akan on 21 May 2013 pasal akan nak pegi Europe kan! So lepas ni akak nak citer panjang-panjang dan nak letak gambar banyak-banyak. So selamat muntah darah le baca citer dan tengok gambar akak.

Akak pegi brekfast jap ye.. jap lagi akak sambung dengan citer trip to Europe tu walaupun dah basi. hihi

Tuesday, June 19, 2012

Port Dickson 2012

Hari minggu yang lepas, kami sekeluarga dan family adik akak menghabiskan waktu senggang kami Di Apartment Sri Bulan, Port Dickson. Best gak sesekali lari dari kebingitan kota, dah lama Kak Intan tak menyedut udara segar ditepi pantai sambil disajikan dengan bunyi deruan ombak yang sungguh romantis. Ahaks, macam berdrama Ombak Rindu pulak ye.

"Tuhan tolong lembutkan hati dia. Untuk terimaku seadanya. Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu, Hidup tanpa dia disisiku"... huuuuu.. Alah, romantisnya, teringat zaman Kak Intan masa bercinta cantun dulu :). Apa kata kita tengok gambar "Ombak Rindu" akak masa bercanda ditepian pantai. Tapi yang tak bestnya, kami tak mandi laut pun. Air tak berapa bersih dan sebenarnya kami pun tak suka air laut. Anak-anak kejap aje pergi laut, lepas tu merungut, air masin le, badan melekit le dan berbagai-bagai lagi lah. Senang citer, jom kita mandi swimming pool, berlari le dia orang naik kat hotel balik.

Wah, mak datin yang ntah bila nak jadi datin!


My 2 kids yang semakin membesar. How time flies...

Apartment yang baru direfurnish. Cantik kan. Konsep urban utk kali ini

Anak-anak dengan papa kesayangan mereka dan akak jugak!









Kedai jualan - dah macam kat Pangkor pulak. Macamana barang-barang kat Pangkor boleh ada kat sini lak




One in a million!

Udara yang sangat nyaman.. elok untuk berlibur dan lari dari kesesakan kota dan HAZE!

Jaguh melompat!

Fuyooo!!!

Jom kita lompat sama-sama!

Kedai baju yang berderet kat Teluk Kemang
Indahnya ciptaan Allah


Hehhe, ini lah spoke person untuk pokok Tongkat Ali :) Akak suka dengan scenery kat sini. Sungguh nyaman




Akak dikelilingi batu-batu hitam, akak nampak putih le !

Sila abaikan kaki bunting padi akak tu, yang penting scenery cantik bangat!

Akak and my luvely hubby

My little niece - Damia

Damia's sister - Arrissa

My brother and SIL


Puas memujuk baru nak ambil gambar

Bestnye kami berendam
Monyet-monyet yang keluar dari hutan utk mencari makan. Akak terpikir jugak, kesian kalau hutan sekitar aprtment akak tu ditarah/dibangunkan.. mana mereka nak pergi. Jom pergi rumah akak le:)

Aqil yang hyper aktif


Dah nak balik pun nak ambik gambar jugak ke Kak Intan oiii!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...