Thursday, February 24, 2011
Sunday, January 23, 2011
I'm proud of you AQIL
Tiba-tiba Aqil rasa cuak dan rasa takut menguasi dirinya. Selepas kata-kata semangat diberikan oleh my hubby dia kembali bersemangat utk turun padang. Mula-mula sessi latihan biasa aje, cara-cara bawak bola dan warm-up. Lepas tu cikgu divided the whole group to 3 groups and the real games began. Kak Intan rasa bangga melihat aqil bermain dengan penuh semangat dan komitment yang tinggi sambil mempratikkan skills yang diajar oleh bapanya. Jangan tak tau, bapanya pun pemain bolasepak sekolah gak. Kemana kuah tumpah kalau tak ke nasi kan.
Melihatkan Aqil kat padang, akak dapat rasakan, bolasepak memang permainan utk Aqil, cara dia berlari, membawa bola, tackle dan cara dia sepak bola memang serasi dengannya. Gaya dah ada cuma kena polish sket lagi dengan skills ala-ala pemain bola professional gitu.
Selesai perlawanan cikgu memanggil semua pemain dan mula memanggil nama pemain yang terpilih. Untuk darjah 4, Aqil dan 2 lagi kawannya terpilih. Lega akak selepas mendengar cikgu memanggil nama Aqil, at least berbaloi dengan penat lelah aqil berlari-lari kat padang hari itu. Akak boleh lihat kegembiraan di wajah aqil kala namanya dipanggil oleh coach untuk beratur bersama-sama pemain lain yang terpilih. Well done, anakku.
Moga-moga Aqil akan menjadi pemain bolasepak professional pada suatu hari nanti, itu doa mama untuk Aqil. :)
Sebelum pegi sessi pemilihan hari tu, akak berjanji dengan Aqil, kalau terpilih akak akak beli boot baru. Janji tetap janji dan aqil memilih untuk beli boot ini. Boot ini hanya dipakai oleh Ronaldo aje tau :) Yang sebenarnya, Akak and hubby termasuklah kakaknya tak berapa berkenan dengan kasut ni. Lain macam aje nengok warna pink kat kaki boy, anyway ini dah pilihan dia, kita orang turutkan aje. Pink pun pink le Aqil! Janji Aqil HAPPY!
Tuesday, January 18, 2011
Makan Angin
He he, sebenornya akak ngan family pegi makan angin ke Negeri Di bawah Bayu last weekend - Kota Kinabalu tempatnya.. Ser0nok ke? Mestile seronok, anak-anak seronok dan mak bapak nye pun seronok gak. Kalau nak tumpang seronok, enjoy the photos!
Chewah!!
"Hidup Matiku Hanya Untukmu"
Akak pegi from 14 - 16 January 2011. Tujuannya cuma untuk relax aje, cuti sekolah hari tu tak pegi kemana-mana sebab Aqil bersunat dan seminggu before new year akak balik Kelantan lak sebab Alya memekak nak balik Kelantan. Akak tak kemana pun kat sana cuma jalan-jalan kat pasar Filifina dan kawasan sekitarnya. Hajat hati nak gak pegi Kundasang, nak nengok kaki Gunung Kinabalu tu, sekali tanya teksi/MPV, RM400.00 hengget dia nak pegi balik. After bincang ngan my hubby, we've decided tak yah le buang duit.. kita relax sini aje. Akak stay kat Le Meridien dan hotel ni very-very convenient sebab dia dok tengah-tengah pekan KK, jadi nak makan, bershopping and transport senang bangat.
Biliknya pun besar ngan 2 queen beds, actually this is akak punya 2nd time stay kat sini. 1st time pegi ofis punya outing. Semua ditanggung beres, this time semua poket sendiri yang membereskan .. he he
View from my room, itu le pasar Philippine
Alya & Aqil
Biasalah kalau dah pegi hotel, tak sah kalau tak pegi swimming pool Ni tengah tunggu bus nak ke 1 Borneo. The largest mall in East Malaysia, size nye lebih kurang Mid Valley. Yang bestnya dia orang sediakan FREE service bas untuk bawak kita pegi and balik ke 1 Borneo.
Sedang menikmati keindahan alam sambil makan nangka yang tersangat manis..
Kat Airport Sabah.. dah nak balik dah.. Bye-bye KK, till we meet again kalau panjang umur dan murah rezeki. Insyaalah
Saturday, January 8, 2011
Birthday Celebration
What a suprise, Kak Intan dapat boquet daripada kawan-kawan
Ini nasi Penyet akak punya
Nasi apa tah! nasi timbel Kampung kot
Tuesday, January 4, 2011
HAPPY BIRTHDAY TO ME
Salam sayang pada teman-teman yang sudi singgah kat blog Kak Intan. :)

Friday, November 19, 2010
Masquerade
Hujan

