Salah satu hotel yang ada dalam wish list my family adalah to stay at any Hard Rock Hotel. Since hotel ni dah ada kat Malaysia and to be exact kat Batu Ferringi, Penang so apa lagi.. jom kita ke sana. Sebelum tu Kak Intan pernah stay kat Holiday Inn, Batu Ferringi tapi tak happening macam kat Hard Rock.
Kak Intan tak citer pun kat Alya & Aqil akak dah booked hotel ni. Actually, akak sajer nak surprise to Alya as a birthday trip for her 13th birthday. Happy la sesangat Alya dapat tahu yang our trip to Penang is for his birthday present. Mama nak bagi present pegi overseas tak mampu so kat sini aje lah tapi still over the sea jugak kan. hihi.
Overall, akak memang puas hati dengan service hotel ni. From the breakfast spread, rooms, facilites etc. Swimming pool cantik dan besar dan di buka sampai pukul 9.00 pm (so sesiapa yang ada anak suka berendam tu, bagi depa berendam sampai kecut kat dalam swimming pool), makan sodap..dan banyak varieties *akak makan apa pun sodap, live band and entertainer .. superb!, malam tu ada pulak ultimate foam party, beach very clean dan cantik, kalau tak nak makan kat hotel, senang nak cari makan kat luar, depan hotel ada dua tiga biji gerai jual nasi so tak yah nak perabis duit nak makan kat hotel hari-hari Pasar Malam- tak ada le jauh mana tapi kalau jalan kaki, berpeluh jugak le. Akak naik kete you olls.
Bilik yang akak ambil was Superior Room with 2 beds + breakfast. Kiranya untuk 4 orang tu just nice. Bilik pun agak besar gak dan yang paling best kalau kita dalam bilik air boleh ngintai orang kat atas katil. hihi.
My hubby tetiba nak add one more night lagi since dia cakap 3D 2N tak puas. Amboi abang cayang, lain kali aje le kita datang lagi..
Muka xcited nak makan angin. |
Yeyy! sampai jua akhirnya |
Tunggu bilik tak siap.. boleh senyum lagi tu. |
Amboiii anak teruna, posing sakan no! |
Slide ni la yang membuatkan susah benar nak suruh budak 2 orang ni naik.. Kalau boleh dari pagi sampai malam nak berendam |
Path way to our room |
Birthday girl |
Puhh! Kak Intan minum oren jus dengan penuh gaya. hihi |
Sikitnya makan! |
yang paling best, petang2 ada mamat rambut kerinting ni akan hantar fruits kat guest yang sedang swimming. Caya lah! |
Menunggu anak2 mandi |
Ini le tampat mandi buih tu, sila maklum ye ultimate foam party ni hanya ada pada setiap hari Sabtu minggu pertama pada setiap bulan ye. Jangan kau ingat every Saturday ada lak. |
Shopping baju Hard Rock |
Rojak pasembur. Best! |
T-shirt untuk Hubby, Alya & Aqil. Kak Intan punya? tak ada lah |
Bilik cantik dan besar ye |
Toilet ala-ala Rock design gituw, ingat ye gambar Elvis tu boleh di tolak untuk mengintai orang kat luar |
Uncle ni perform memang best. Bila dia nyanyi lagi Rod Stewart... terangkat gua cakap lu. "I don't wanna talk about it, how you broke my heart" Meleleh air lioq akak!! Dah puas kita bersuka ria selama 3 hari kat sini. jom kita balik ye anak-anak. Panjang umur murah rezeki kita datang lagi. Rating Kak Intan : 5 bintang kejora Hard Rock Hotel Penang Batu Ferringhi Beach, 11100 Penang Malaysia Email: info.penang@hardrockhotels.net Tel: +60 4 8811711 Fax: +60 4 8812155 |
No comments:
Post a Comment