


Untuk tatapan terbaharu, gambar akak semasa mengerjakan umrah pada bulan April yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Alllah SWT. Bila ada kelapangan akak akan mengupdatekan perjalanan umrah akak ini.
Masuk hari ni, akak dah seminggu batuk, tekak perit... nak telan air liur pun muka terkulat-kulat menahan sakit. Kalau malam lagi worse! sampai nak terkencing dibuatnya. Firstly, yang batuk ni Si Aqil kemudian berjangkit kat kakaknya... dan sekarang kat maknya lak. Yang herannya my hubby tak kena pulak... WALAUPUN dia perokok tegar. Bukan la akak nak minta hubby kena lak tapi anti bodi dia kuat kot. Kita orang ni, tak cukup kuat untuk menahan segala penyakit yang datang kot. Manja sangat!
Semalam balik keje, akak dah rasa lain macam aje, badan panas sejuk dibuatnya. 8.00 malam akak dah bentang tilam depan tv dan terus tertidur lepas telan ubat, sampaikan anak pegi tuition dan balik tuition pun akak tak sedar.
Bila tersedar akak hairan kenapa rasa sejuk semacam ni.... , nak tahu akak tidur kat mana? Akak sedang tergolek dok kat atas lantai ..... bukan berjalan dalam tidur ye tapi semalam tiba-tiba aje black out.. satu taman tak ade letrik. Akak rasa macam tak bernafas dah tidur dalam gelap tanpa kipas dan air cond. Akak tak perasan lak , bila akak bergolek tidur atas lantai tu. Nasib baik kejap aje... kalau lama mau sakit pinggang dan kembang urat akak pagi ni sebab tidur atas simen. Ish-ish nasib baik tak bergolek pegi tidur kat toilet :)
Tiba-tiba Aqil rasa cuak dan rasa takut menguasi dirinya. Selepas kata-kata semangat diberikan oleh my hubby dia kembali bersemangat utk turun padang. Mula-mula sessi latihan biasa aje, cara-cara bawak bola dan warm-up. Lepas tu cikgu divided the whole group to 3 groups and the real games began. Kak Intan rasa bangga melihat aqil bermain dengan penuh semangat dan komitment yang tinggi sambil mempratikkan skills yang diajar oleh bapanya. Jangan tak tau, bapanya pun pemain bolasepak sekolah gak. Kemana kuah tumpah kalau tak ke nasi kan.
Melihatkan Aqil kat padang, akak dapat rasakan, bolasepak memang permainan utk Aqil, cara dia berlari, membawa bola, tackle dan cara dia sepak bola memang serasi dengannya. Gaya dah ada cuma kena polish sket lagi dengan skills ala-ala pemain bola professional gitu.
Selesai perlawanan cikgu memanggil semua pemain dan mula memanggil nama pemain yang terpilih. Untuk darjah 4, Aqil dan 2 lagi kawannya terpilih. Lega akak selepas mendengar cikgu memanggil nama Aqil, at least berbaloi dengan penat lelah aqil berlari-lari kat padang hari itu. Akak boleh lihat kegembiraan di wajah aqil kala namanya dipanggil oleh coach untuk beratur bersama-sama pemain lain yang terpilih. Well done, anakku.
Moga-moga Aqil akan menjadi pemain bolasepak professional pada suatu hari nanti, itu doa mama untuk Aqil. :)Sebelum pegi sessi pemilihan hari tu, akak berjanji dengan Aqil, kalau terpilih akak akak beli boot baru. Janji tetap janji dan aqil memilih untuk beli boot ini. Boot ini hanya dipakai oleh Ronaldo aje tau :) Yang sebenarnya, Akak and hubby termasuklah kakaknya tak berapa berkenan dengan kasut ni. Lain macam aje nengok warna pink kat kaki boy, anyway ini dah pilihan dia, kita orang turutkan aje. Pink pun pink le Aqil! Janji Aqil HAPPY!
Chewah!!
"Hidup Matiku Hanya Untukmu"
Biliknya pun besar ngan 2 queen beds, actually this is akak punya 2nd time stay kat sini. 1st time pegi ofis punya outing. Semua ditanggung beres, this time semua poket sendiri yang membereskan .. he he
View from my room, itu le pasar Philippine
Alya & Aqil
Biasalah kalau dah pegi hotel, tak sah kalau tak pegi swimming pool Ni tengah tunggu bus nak ke 1 Borneo. The largest mall in East Malaysia, size nye lebih kurang Mid Valley. Yang bestnya dia orang sediakan FREE service bas untuk bawak kita pegi and balik ke 1 Borneo.
Sedang menikmati keindahan alam sambil makan nangka yang tersangat manis..
Kat Airport Sabah.. dah nak balik dah.. Bye-bye KK, till we meet again kalau panjang umur dan murah rezeki. Insyaalah