Tuesday, September 28, 2010

Salam Aidifitri

Salam Aidifitri dari akak sekeluarga untuk saudara mara, teman-teman dan semua yg sudi singgah kat blog akak ni.


Selamat Hari Raya
hari untuk kita bersukaria
selamat kami ucapkan
hingga jumpa lagi raya tahun depan

Dah lama benar rasanya tak de entry baru kat blog akak yang ala-ala suam-suam kuku ni, ramadan sebulan tak larat dan terlalu sibuk, Shawal menjelang lak, Kak Intan sibuk lak dengan umah terbuka. Apa-apa pun sila layan gambar sempena syawal tahun ni ye. Tahun ni turn akak lak beraya kat Kelantan, apa lagi hati akak ni berbunga-bunga kegembiraan le. Akak bertolak from KL hari Khamis kul 12 tengahari and sampai kau umah ibunda jam 7.00 petang. Sempat le akak berbuka dengan ibunda for Ramadhan tahun ni. Besoknya RAYA le, apa lagi....

Yang bestnya tahun ni adalah.. kawan-kawan lama akak masa sekolah rendah dulu kita jumpa balik thru FB. Kiranya FB ni macam jejak kasih le... Kawan-kawan akak ada yang dah dapat cucu u, cuma anak akak aje masih in primary school. Tak pe le, jodoh datang lambat :( Apa-apa pun akak bersyukur kerana dikurniakan 2 buah hati yang yang melengkapkan hidup akak.


Ni gambar family akak, tapi ramai lagi yang takde, yang kat atas kerusi bertudung merah tu akak yang sulung, tudung hitam sebelahnya akak yg nombor 2, abang nombor 3 tak dapat balik, nombor 4 mestilah akak yg come lote, yang berdiri baju hijau tu adik nombor 2 dan adik bongsu lelaki lak tak balik jugak. Tak lupa jugak bonda akak yang bertudung purple. Yang lain-lain menyengih dan tersengih tu semuanya anak buah akak yang berpuluh-puluh orang tu. Opps tak lupa gak, akak dah jadi nenek to anak sedara akak yang dah ada anak , baby Rayyan (baju merah kat depan tu). Dah tua rupanya akak yek!


Anak sedara yang banyak menolong akak kat dapur, untung ye ada ramai anak sedara perempuan ye... Yang kat atas tu hero-hero yang tahu makan,makan and makan lagi

Yg macam nak ber Xong Xi Fa Chai ni family akak sulung dengan anaknya seramai 5 orang dan menantunya bertudung merah gelap tu. Silau mata akak bila dia orang sampai pagi raya tu daripada Pengkalan Chepa. Tapi menarik gak warna merah ye! Tahun depan nak tiru le jadi colour theme family akak.


Adik akak ngan wife dengan tema warna hijau utk tahun ni. Anak deme tah mana pegi dah

Ngan best friend akak since sekolah rendah hingga skg.. (Puan Kie) dulu ,kini dan selamanya. Dah ada sorang cucu pun dia


Ngan Suriani yang sekarang menetap kat Kuantan, ini pun kawan sekolah rendah gak.


Yaya

Aqil ngan rambutan yg dia rembat kat umah sedara akak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...