Friday, October 29, 2010

My Girlfriend is a Gumiho

Its over.....

Akak tengah gilerr bangat tengok Korean Drama ni. Title nye "My Girlfriend is a Gumiho". Semalam was the last episode .. lepas ni x ade le lagi nak bertangga kat depan TV kul 8-10 mlm every Wed and Thur di Astro Byond (Channel 393).



Ini masa Mi Ho nak masukkan guli sakti dalam badan Dae Woong


Nampak tak ekor Mi Ho. Ekor ni hanya akan keluar bila bulan mengambang

Citer ni sebenarnya mengisahkan percintaan antara manusia dan musang sakti (Mi Ho) yang mempunyai 9 ekor. GUMIHO dalam bahasa Korea is Musang Sakti. Si hero telah membebaskan Mi Ho yang telah dikurung oleh witch selama 500 tahun setelah dia disuruh melukis 9 ekor musang yang telah hilang pada gambar musang di sebuah kuil. Setelah itu Mi Ho telah keluar ke alam nyata dan mempelajari hidup sebagai manusia bersama Dae Woong. Firstly, si mamat ni tak suka kat Mi Ho, maklumlah mana ada orang nak bercinta dengan musang ye. Lama kelamaan dia jatuh hati dengan kelembutan and kemanjaan Mi Ho (macam akak ke?) terus Dae Woong jatuh cinta tapi mereka hanya ada 100 hari saja untuk bersama kerana mengikut sumpahan yang diterima oleh Mi Ho, selepas 100 hari dia akan lenyap dari alam manusia. Pada hari ke 100 tiba-tiba Mi Ho hilang walau pun kedua-dua mereka berjaga untuk be together for the last time.
Setelah kehilangan Mi Ho dari hidup Dae Woong, dia menaruh harapan supaya dia kembali untuk hidup bersama ... sehingga lah waktu gerhana matahari Mi Ho muncul menjadi manusia sepenuhnya selepas sumpahan dilepaskan atas kesungguhan cinta mereka berdua. Akak sedih u, bayangkan lah kita kehilangan orang tercinta dari dalam hidup kita dengan tiba-tiba, terbayang saat-saat bahagia bersamanya. Bila kah dia akan kembali??? Tiba-tiba dengan tidak diduga dia muncul kembali untuk menyatukan kembali percintaaan dan melenyapkan sebuah penantian dan segala tanda-tanya.
Since Kak Intan dan Alya merupakan peminat setia citer ni, so semalam kita dua orang asyik mengalirkan airmata kerana kesedihan tahap gaban menyaksikan segala halangan yang terpaksa ditempuhi dan pertemuan kembali mereka berdua. Depa sedih pun kami nangis dan depa gembira pun kami nangis gakkk. Emo betul 2 anak beranak ni :)


Lee Seung Ki as Dae Woong


Shin Min Ah as Mi Ho aka musang sakti (comeii sungguh minah ni)

Yang bestnya ending part drama ni... Mi Ho dah bertukar jadi manusia and she live happily ever after with Dae Woong. Lagu kat dalam drama ni pun best gak. Cu bidu-bidu waaa!! Lagu ni akan dimainkan kalau depa berdua happy and enjoying themselves berjalan-jalan. Dengar le lagu ni kat you tube kat atas tu yek. Kak Intan pasti u all pun akan minat gak.


Ini le penangan drama Korea yek, dulu kalau akak tengok or dengar orang kata drama Korea best, macam tak caya aje. Nah, dah start tengok.. rasa tak nak miss to see each episode.

I missed them so much ! I wish that the director will continue this drama and I want to see Mi Ho and Dae Woong have kids together.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...