Tuesday, November 16, 2010

YESTERDAY was not a good day for me!

15 November 2010 bersamaan hari Isnin



Buat-buat sibuk ke Kak Intan?

1. Masa nak breakfast kat Cafe, akak terperasan cincin akak tak ada kat jari manis akak yang comei tu. Riuh gak mencari-cari kat opis dan called my hubby kat umah whether dia jumpa cincin akak sebelum dia pegi keje.. tak de katanya. Sebelum tu cam biasala.. dengar le khutbah di pagi hari .. u selalu macam ni bla... bla.., careless le ..bla.. bla, selalu tak ingat.... FULL STOP.

2. Tertonggeng-tonggeng dibuatnya akak dok cari cincin kat bawah meja akak, sebenornya cincin tu besar sket daripada cincin lain yang akak ada.. almaklumle.. nak prepare jika ada kemungkinan jari akak bertambah mugil. Itu yang akak beli besar sikit daripada yang selalu akak pakai. Cari punya cari .. tak jumpa-jumpa hingga le 1/2 day tuh akak dah give up! tak pe le dah tak ada rezeki l kot. Ada rezeki akak beli le lagi

4. Pukul 4 lebih, tiba-tiba akak tengok kat meja akak, apa benda berkilat tu? rupa macam ribbon silver yang pendek. Terus akak ambil, aiik berat lak. Akak pun tenung-tenung.. macam aku kenal design ni. Sah..... memang...



--rupa-rupa nya cincin akak dah penyek umpama sekeping ribbon dek kena canai kat akak punya roda kerusi akak. Mungkin sebelum tu cincin tu berada kat dlm roda tu kot.. tiba-tiba aje dia keluar daripada tempat persembunyian dan terus jatuh kat carpet. Alhamdulillah, masih ada rezeki lagi, walaupun tak boleh pakai. Apa-apapun akak nak pegi kedai emas tu balik whether depa boleh repair or apa-apale yang memboleh kan akak pakai balik cincin tu. Sayang tau! Umur pun baru je 3 bulan. Akak beli tu semasa nak raya Aidil Fitri tahun ni aje.




Ini le rupa cincin akak yang telah dipenyek oleh kerusi akak sendiri. Salah siapa?

Scenario 2

1. Selalu akak balik cepat tapi atas kesibukan yg melampau, akak menuju kekereta kul 8.30 mlm. Tiba-tiba nak start engine, tak boleh.. Laaa bateri kong le pulak. Kawan-kawan cuba tolong dengan mencari jumper untuk jumpstart. Moral : Lain kali akak kena beli le benda jumper ni, penting tau ditika-tika begini.

2. Bertungkus-lumus depa cuba tolong akak.. daripada jumper kecik ke jumper besar, tak berjaya jugak. Mungkin bateri akak dah tak boleh diselamatkan.. Jalan mudah call insurance for new battery. Called dia orang, tanya brapa lama dia orang akan deliver battery tu. Katanya 1 jam tu 1 1/2 jam. Mak oiii, lamanya.. time tu dah kul 10 lebih dah, badan letih, mata mengantuk dan perut lak menyanyi. Yang pastinya akak tak boleh balik umah sebab kete tak ada, last resort akak balik umah my cousin. Hari ni pegi keje, pakai baju my cousin le. Nasib baik badan ala-ala same size gitu.

3. Pagi ni terbang duit akak 300.00 hengget beli battery baru. Orang raya beli baju baru, akak beraya dengan battery baru.

Apa-apapun Selamat Menyambut Hari Raya Qurban dan semoga kita sentiasa berkorban untuk kesejahteraan hidup dan dalam mengejar keberkatan daripada Allah Taala. Amin..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...