Wednesday, April 30, 2014

Dinner

Semalam Kak Intan ambik time off sebab ada hal nak disettlekan so by 4.15 pm akak dah gerak dari office. Pong pang  pung pang keje dah beres.. terus balik umah.

Tetiba adrelin naluri ibu mithali menjalar kat seluruh badan, akak kena masak la hari ni. Dah lama rasanya akak pencen masuk dapur. Kalau masak pun cuma during weekend je.

So apa menu Kak Intan hari ni? Kak Intan nak masak feveret lauk my hubby la.. Ikan Bawal Taucu. Untuk anak2 lak akak goreng je telur dadar senang citer dan sayur kobis goreng.

Kak Intan percaya ramai yang tahu masak tauchu ni tapi pada adik-adik yang baru kahwin dan laki minta masak Ikan Tauchu, ini la caranya :-

Ikan Bawal Masak Taucu

Apa-apa jenis ikan yang telah di goreng.
Mayang bawang merah, bawang putih, halia. Ketuk 1 serai.
3 sudu besar taucu dan sedikit asam jawa
Utk hiasaan : cili hijau, cili merah, tomato dan cili api

Caranya :-

Tumis bahan yang di mayang sampai garing. Masukkan tauchu, kacau sebentar dan masukkan air panas dan air asam jawa.

Biar hingga mengelegak dan masukkan ikan yang telah di goreng dan bahan-bahan hiasan.
Masukkan bahan perasa dan tada! dah siap.

Senang dan mudah kan.




 
Bahan menumis, yg bahan hiasan tu masukkan last ye


Ikan bawal yg siap di goreng garing

Dah siap

Sayur goreng orang malas. Kak Intan main campak-campak je :)

Dah siap terhidang, jom kita makan.


Tuesday, April 29, 2014

Grand Lexis Port Dickson 2013

Dah lama Kak Intan teringin nak bawa anak-anak pegi Grand Lexis Port Dickson, al maklum lah nak merasa stay kat bilik hotel dengan private pool kata nya. Mungkin rezeki anak-anak satu hari tu akan tengok kat Groupon ada baik punya promotion. Tunggu apa lagi! Jom kita pegi Grand Lexis.
 
Kata orang kalau pegi satu family je nanti tak happening, kalau tempat-tempat gini akak prefer pegi dengan satu family lagi. So akak ajak le adik lelaki akak pegi sama, dia ada anak perempuan 3 orang so lagi riuh le kita orang punya getaway kali ni.
 
So pagi Sabtu, akak bertolak awak sket lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Akak tak nak keluar lambat sebab tak larat nak makan roti sapu jem sepanjang perjalanan ke PD nanti. Dah la hari Sabtu, hari orang semua balik kampung tu. Dalam perjalanan tu banyaklah pit stop kami untuk melengah-lengahkan waktu. Jap berenti breakfast, beli buah, buang air la dan banyak lagi pit stop kami. Check-in time kat sini jam 3.00 pm so jangan berangan le nak masuk cepat ye. Dalam pukul 2.00 pm kami dah sampai hotel dan lepak kat lobby. Yang syoknya ada free flow drinks untuk guest so sambil borang-borak tu boleh le minum dulu. Alhamdulillah, pukul 2.30 pm bilik kami dah siap dan boleh check-in awal.  Adik Kak Intan belum sampai lagi sebab maklum lah anak 3 dan kecik2 lagi banyak preparation yang kena buat gamaknya. Apa-apa pun kami terjun pool dulu!

Check in time


Private pool kami, quite besar juga so kalau setakat 10 orang budak tu tak ada masalah la

2 katil queen cukup untuk kami 2 keluarga bergolek. Kalau nak selesa lagi kau orang bawaklah toto so budak-budak boleh lepak kat bawah.

Amboii Kak Intan kalut ambik gambar tu, akak sukalah decoration bilik ni, simple yet classy

Dah start naik hantu dah. hihi


Cantik kan box depa letak segala mak nenek kopi, nescafe, teh dan macam-macam lagi .. Dapat bawak balik rumah pun best ni. hihi

Ini le Villa kami, kalau nak book kat sini ini nama nya Grand Garden Pool Villa. Ada banyak jenis villa kat sini so guest boleh le pilih mengikut budget masing-masing.

Public pool kat sini besar sangat so puas la kalau nak berkuak lentang bagai.

 

3 anak dara sedang posing di tepian pool. Alya, Arisha & Damia. Sorang lagi anak dara adik akak demam so kita orang tak bagi le dia main air. Kesian Nadha, pukul 1.00 pagi adik akak kena keluar cari klinik sebab demam dia teruk sangat



Dari toilet kita boleh nampak anak2 mandi manda so tak yah la risau sangat.

Separate shower and toilet. So tak yah nak berebut ye.

Like mother like dotter.. kami memang kaki posing



Makan minum pun kat tepi pool dah, Hish!


Cak!

yang ni jalan kat depan Deluxe Pool Villa above the sea. Rate villa ni lebih mahal dari villa yang akak stay


Dah bersiap nak balik dah.. huhu

Sunset

So akak memang puas hati la dengan bilik dan all the facilities kat sini. Kalau ada rezeki dan keizinan darinya insyaalah Kak Intan nak datang lagi sekali.

Rating Kak Intan : 4 stars ****

Website : http://www.grandlexispd.com/

Address

Grand Lexis, Port Dickson
(formerly Known as The Legend International Water Homes)

Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.

Toll Free:
1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
KL Sales Office
31st Floor, Sunway Putra Tower,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2771 3322
Fax: (03) 2771 7377
Email: hos@lexispd.com

 

Monday, April 28, 2014

Hard Rock Hotel, Penang 2013

Ya Yayyyy! Lets Rock & Roll babe!!

Salah satu hotel yang ada dalam wish list my family adalah to stay at any Hard Rock Hotel. Since hotel ni dah ada kat Malaysia and to be exact kat Batu Ferringi, Penang so apa lagi.. jom kita ke sana. Sebelum tu Kak Intan pernah stay kat Holiday Inn, Batu Ferringi tapi tak happening macam kat Hard Rock. 

Kak Intan tak citer pun kat Alya & Aqil akak dah booked hotel ni. Actually, akak sajer nak surprise to Alya as a birthday trip for her 13th birthday. Happy la sesangat Alya dapat tahu yang our trip to Penang is for his birthday present. Mama nak bagi present pegi overseas tak mampu so kat sini aje lah tapi still over the sea jugak kan. hihi.

Overall, akak memang puas hati dengan service hotel ni. From the breakfast spread, rooms, facilites etc. Swimming pool cantik dan besar dan di buka sampai pukul 9.00 pm (so sesiapa yang ada anak suka berendam tu, bagi depa berendam sampai kecut kat dalam swimming pool),  makan sodap..dan banyak varieties *akak makan apa pun sodap, live band and entertainer .. superb!, malam tu ada pulak ultimate foam party, beach very clean dan cantik, kalau tak nak makan kat hotel, senang nak cari makan kat luar, depan hotel ada dua tiga biji gerai jual nasi so tak yah nak perabis duit nak makan kat hotel hari-hari Pasar Malam-  tak ada le jauh mana tapi kalau jalan kaki, berpeluh jugak le. Akak naik kete you olls.

Bilik yang akak ambil was Superior Room with 2 beds + breakfast. Kiranya untuk 4 orang tu just nice. Bilik pun agak besar gak dan yang paling best kalau kita dalam bilik air boleh ngintai orang kat atas katil. hihi.

My hubby tetiba nak add one more night lagi since dia cakap 3D 2N tak puas. Amboi abang cayang, lain kali aje le kita datang lagi..


Muka xcited nak makan angin.

Yeyy! sampai jua akhirnya


Tunggu bilik tak siap.. boleh senyum lagi tu.

 
Amboiii anak teruna, posing sakan no!


Our seaview room. Very nice! Boleh tengok mat salleh dengan minah salleh veteran berenang-renang kat sini. According to staff kat sini, mereka ni stay kat Hard Rock dah dua tiga bulan dah. Ye lah.. exchange rate depa tinggi no! setalat RM800 per night tu tak de masalah la


Slide ni la yang membuatkan susah benar nak suruh budak 2 orang ni naik.. Kalau boleh dari pagi sampai malam nak berendam




Path way to our room

Birthday girl

Puhh! Kak Intan minum oren jus dengan penuh gaya. hihi




Sikitnya makan!

yang paling best, petang2 ada mamat rambut kerinting ni akan hantar fruits kat guest yang sedang swimming. Caya lah!




Menunggu anak2 mandi



Ini le tampat mandi buih tu, sila maklum ye ultimate foam party ni hanya ada pada setiap hari Sabtu minggu pertama pada setiap bulan ye. Jangan kau ingat every Saturday ada lak.

Shopping baju Hard Rock

Rojak pasembur. Best!

T-shirt untuk Hubby, Alya & Aqil. Kak Intan punya? tak ada lah




Bilik cantik dan besar ye

Toilet ala-ala Rock design gituw, ingat ye gambar Elvis tu boleh di tolak untuk mengintai orang kat luar

Uncle ni perform memang best. Bila dia nyanyi lagi Rod Stewart... terangkat gua cakap lu. "I don't wanna talk about it, how you broke my heart" Meleleh air lioq akak!!

Dah puas kita bersuka  ria selama 3 hari kat sini. jom kita balik ye anak-anak. Panjang umur murah rezeki kita datang lagi.

Rating Kak Intan : 5 bintang kejora

Hard Rock Hotel Penang
Batu Ferringhi Beach, 11100 Penang
Malaysia

Email: info.penang@hardrockhotels.net
Tel: +60 4 8811711
Fax: +60 4 881215
5





 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...