Tuesday, April 29, 2014

Grand Lexis Port Dickson 2013

Dah lama Kak Intan teringin nak bawa anak-anak pegi Grand Lexis Port Dickson, al maklum lah nak merasa stay kat bilik hotel dengan private pool kata nya. Mungkin rezeki anak-anak satu hari tu akan tengok kat Groupon ada baik punya promotion. Tunggu apa lagi! Jom kita pegi Grand Lexis.
 
Kata orang kalau pegi satu family je nanti tak happening, kalau tempat-tempat gini akak prefer pegi dengan satu family lagi. So akak ajak le adik lelaki akak pegi sama, dia ada anak perempuan 3 orang so lagi riuh le kita orang punya getaway kali ni.
 
So pagi Sabtu, akak bertolak awak sket lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Akak tak nak keluar lambat sebab tak larat nak makan roti sapu jem sepanjang perjalanan ke PD nanti. Dah la hari Sabtu, hari orang semua balik kampung tu. Dalam perjalanan tu banyaklah pit stop kami untuk melengah-lengahkan waktu. Jap berenti breakfast, beli buah, buang air la dan banyak lagi pit stop kami. Check-in time kat sini jam 3.00 pm so jangan berangan le nak masuk cepat ye. Dalam pukul 2.00 pm kami dah sampai hotel dan lepak kat lobby. Yang syoknya ada free flow drinks untuk guest so sambil borang-borak tu boleh le minum dulu. Alhamdulillah, pukul 2.30 pm bilik kami dah siap dan boleh check-in awal.  Adik Kak Intan belum sampai lagi sebab maklum lah anak 3 dan kecik2 lagi banyak preparation yang kena buat gamaknya. Apa-apa pun kami terjun pool dulu!

Check in time


Private pool kami, quite besar juga so kalau setakat 10 orang budak tu tak ada masalah la

2 katil queen cukup untuk kami 2 keluarga bergolek. Kalau nak selesa lagi kau orang bawaklah toto so budak-budak boleh lepak kat bawah.

Amboii Kak Intan kalut ambik gambar tu, akak sukalah decoration bilik ni, simple yet classy

Dah start naik hantu dah. hihi


Cantik kan box depa letak segala mak nenek kopi, nescafe, teh dan macam-macam lagi .. Dapat bawak balik rumah pun best ni. hihi

Ini le Villa kami, kalau nak book kat sini ini nama nya Grand Garden Pool Villa. Ada banyak jenis villa kat sini so guest boleh le pilih mengikut budget masing-masing.

Public pool kat sini besar sangat so puas la kalau nak berkuak lentang bagai.

 

3 anak dara sedang posing di tepian pool. Alya, Arisha & Damia. Sorang lagi anak dara adik akak demam so kita orang tak bagi le dia main air. Kesian Nadha, pukul 1.00 pagi adik akak kena keluar cari klinik sebab demam dia teruk sangat



Dari toilet kita boleh nampak anak2 mandi manda so tak yah la risau sangat.

Separate shower and toilet. So tak yah nak berebut ye.

Like mother like dotter.. kami memang kaki posing



Makan minum pun kat tepi pool dah, Hish!


Cak!

yang ni jalan kat depan Deluxe Pool Villa above the sea. Rate villa ni lebih mahal dari villa yang akak stay


Dah bersiap nak balik dah.. huhu

Sunset

So akak memang puas hati la dengan bilik dan all the facilities kat sini. Kalau ada rezeki dan keizinan darinya insyaalah Kak Intan nak datang lagi sekali.

Rating Kak Intan : 4 stars ****

Website : http://www.grandlexispd.com/

Address

Grand Lexis, Port Dickson
(formerly Known as The Legend International Water Homes)

Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.

Toll Free:
1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
KL Sales Office
31st Floor, Sunway Putra Tower,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2771 3322
Fax: (03) 2771 7377
Email: hos@lexispd.com

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...