Tuesday, May 20, 2014

GODDESS OF MARRIAGE

Kak Intan terjebak lagi dengan cerita Korea dik. Sebenarnya akak tak tahu pun pasal citer ni. Nak dijadikan cerita.. kalau tak silap Kak Intan bulan lepas, hubby hantar Alya & Aqil pegi mengaji kat taska Islam tiap-tiap malam. Akak yang keseorangan kat rumah pun jadi sole proprietor of the Astro remote le.. apa lagi semua citer akak cari sampailah kat Channel ONE 393 dok tayang citer ni. Yang kelakor nya citer dia ada dual language so depa do cakap Melayu tong tang tong tang. Bunyi memang kelakar tapi ntah kenapabagai ada magnet yang buatkan akak melekat kat citer tu. Citer tentang perkahwinan you olls, ada pasang & surutnya. Anak-anak balik mengaji pun mata akak still melekat kat citer ni. Dia orang pun heran, "aikk mama dah pandai tengok citer Korea ke?" Akak pun bla bla citer kat depa pasai citer ni tapi depa buat tak tahu je. Lantakle.. tak nak tengok pun tak apa tapi akak tak akan benarkan sesiapa tukar chanel ye. Citer tu start dari jam 7.45 hingga 9.00 tiap-tiap malam kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad. So, jangan kacau mama time tu ye anak-anak dan abang sayang. :)

Kalau akak busy masak atau makan, akak dah siap-siap record series so senang at anytime kalau akak nak tengok which episode yang akak dah terlepas tengok. Tapi yang paling kelakar nye, sekarang satu rumah dah tunggu citer ni. Hahh! kak akak dah kata! kalau dah start tengok memang tak boleh miss even 1 episode. Very addicted.


Pelakon yang kacak-kacak dan jelita belaka

Akak memang berkenan kalau Song Ji Hye kahwin dengan mamat ni. Handsome and cool!

Kisah cinta tiga segi




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...