Wednesday, May 7, 2014

LANGKAWI - (LANGKAWI LAGOON RESORT) PART 1

Salam sayang kepada readers yang sudi membaca coretan Kak Intan ni.

Langkawi.. Ya! Pulau yang sinonim dengan lagenda sumpahan Mahsuri. Dah lama akak tak menjejakkan kaki akak di Pulau Langkawi. Kalau tak silap akak le, kali terakhir akak kesana mungkin 9 tahun lepas kot. Masa tu akak pergi bawah arwah ayah akak dan mak berserta adik-beradik yang lain. 17 - 20 Januari 2014 sekali lagi akak berkunjung kesana.

Alya & Aqil cukup terkasima bila akak cakap kita akan ke Langkawi. Ya lah masa akak pegi dulu budak2 tu kecik lagi, mungkin ingat-ingat lupa kenangan tersebut. OK! akak macam biasa la "everyone can fly" membawa kami anak beranak bersama sepupu akak, Min sekeluarga ke sana. Percutian kali ni memang akak memang betul-betul buat research. Itinerary selama 4 hari kami di sana pun dah siap akak buat so senang le le nak plan apa-apa yang nak buat. Jadi sebelum pergi akak dah goggle tempat-tempat untuk melawat, kereta sewa, island hopping dan semestinya tempat utnuk shopping coklat dan pinggan mangkuk.

Sepanjang 4 hari kat sana, akak tinggal kat Langkawi Lagoon Resort. Bilik yang akak ambil lak Langkawi Sea Village, rumah yang atas air tu. Bilik memang marveles dan view... breathtaking (fengsang akak). Tak rugi kalau kita bayar lebih sikit untuk mendapatkan keselesaan dan pemandangan yang sangat cantik. Nak tengok sunset, kat sini lah tempatnya. Alhamdulillah, akak dapat rate yang murah during promotion aritu. Untuk 4D 3N + breakfast akak dapat dalam RM1200.00. Akak cakap berbaloi sebab rate tu temasuk dengan sewa basikal dan water sport dan macam-macam aktiviti lagi. Ingatkan 4 hari cukup, rupa-rupanya tak cukup, nak duduk seminggu botak le kepala den. hihi

Happy nak makan angin!



Cantik kan?

Infinity swimming pool yang mengancam jiwa akak untuk terus terjun. Best!



 
Welcome drinks

Day Bed untuk lepak
Dapur kalau nak masak. Akak nak jalan pun tak sempat ini kan pulak nak masak. So dapur ni akak guna untuk masak air aje


 

 


Sepupu akak dengan Mr Hubby

Indahnya pemandangan petang kat sini, rasa macam nak stay kat sini selama-lamanya

Air dah surut dah so nampak le selut dengan anak-anak ketam berkeliaran




Ini hotel Ombak Villa just next to Langkawi Lagoon Hotel. Very nice and new hotel

 

 
Nampak sedap kan? Tapi jangan tertipu.. semua lauk-pauk kat sini pedas nak mapos.. kami anak beranak sampai berayaq air mata nak habiskan lauk. Kesian budak-budak tak boleh makan. Nama restoran ni kalau tak silap akak Restoran Pak Ali. Malam tu kami ronda2 cari kedai makan dan nampak ramai orang kat restoran ni so kita orang nak le cuba. Dah la lambat, pedas menyengat. Menyesal :(
 
 
Min bukak citer sampai semua orang terpaku mendengornya. hihi

 

Kesian hero 2 orang ni makan pun tak lalu, cuba tengok mulut Aqil tu.. ternganga-nganga kepedasan. Dah lah harga mahal. Hish

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...