Friday, May 23, 2014

ASHLEY THE KITTY

Or you just call me Ashley :)

Title tak boleh blah. hihi. Marah la sapa-sapa yang nak google cari barang Laura Ashley. Maap ye. Kuching Kak Intan pun nak glamer jugak.

Stray cat yang tetiba datang bertandang ke teratak kami pada Isnin, 19 May 2014. Akak anak beranak ni memang pengemar kuching sebenarnya. Kuching dah bersilih ganti akak bela tapi itu lah, ada yang mati kena langgar dek kereta, ada yang hilang atau dicuri orang atau ada yang mati kerana sakit. dah macam-macam kisah tentang kuching ni. Last sekali mungkin tahun lepas, kuching akak yang cnatik jelita telah dicuri orang dek oii. Sedih juga kalau difikirkan dan rasa macam tak nak bela kuching lagi, tapi mungkin dah rezeki kami Ashley sendiri yang datang masuk dalam enjin kereta. My hubby cuba ambik tapi tak dapat, lepas sembahyang dia intai lagi tapi kuching tu dah tak ada.

Sedang elok akak balik keje dan sampai gate, tetiba mata akak ternampak Si Ashley dok menyorok kat bawah kereta my neighbour ketakutan. Akak pun apa lagi suruh Aqil pergi tengok dan menjerit-jerit le Aqil katanya ada kuching comel kat situ.  Akak pun apa lagi, terus intai bawah kereta dan tarik Ashley keluar. Dah peluk dia nampak sangat kuching ni takut dan manja sangat. So terus kami bawak balik rumah bersihkan dia dan bagi makan.  Itu le cerita kuching kami yang baru .. Laura Ashley. hihi. Nama kuching tak nak kalah weii.

Adorable
 



 
 

 

Suka betul kalau dapat main dengan bola ni.


 
Cute kan!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...